Footloose – Litterbox Canggih Yang Mempunyai Fungsi Pembersihan Yang Automatik!

Bela kucing itu sangat menyeronokkan kan? Tetapi bila sampai bab nak mencuci, mengutip sisa2 kucing itu yang agak berat sikit kan?

Alah admit lah. Apa kata anda bila MM cerita ada litterbox yang punya lah canggih, dia mempunyai fungsi auto pembersihan dan menghilangkan bau sekali?

Litterbox pintar yang menghilangkan bau sehingga tahap molukar.

Mengutip sisa najis kucing anda boleh memberi anda infomasi mengenai kesihatan kucing anda, namun ia bukanlah poin utama pemilikan haiwan peliharaan. Itu sebabnya  Syarikat Petato telah membangunkan  Footloose – litterbox pintar yang menggunakan teknologi A.I untuk menganalisa sisa najis kucing anda dan terus membersihkannya.

Kami melihat ramai pemilik kucing sangat menitikberatkan kesihatan kucing mereka. Ini merupakan peluang untuk mendominasikan masa depan litterbox yang menggunakan teknologi A.I,” kata pengasas Petato, Byron Fan.

Kucing tidak boleh memberitahu kita jika mereka tidak sihat dan kucing sering menyembunyikan kesakitan mereka. Footloose mengambil tugas untuk memberitahu pemilik kucing jika kucing mereka tidak sihat.”

Footloose (secara pintarnya direka untuk mengelak kucing menyepahkan catlitter mereka atas lantai) mengesan berat kucing, sekerap mana ia menggunakan litter , lama mana ia menggunakan litter dan banyak mana sisa yang mereka tinggalkan. Footloose menggunakan data ini untuk menganalisis kesihatan kucing anda dan akan memberi amaran kepada anda jika ada sebarang perubahan yang berlaku.

Tiada lagi aktiviti mengutip sisa buangan kucing

Jika anda mempunyai banyak kucing, Footloose boleh membezakan kucing menggunakan berat dan corak aktiviti kucing kucing untuk mengelakkan kekeliruan. Ia juga akan memberi amaran kepada anda jika berlaku aktiviti yang lain dari kebiasaan contoh seperti anjing menggunakan litter tersebut.

Ia juga mempunyai fungsi pembersihan sendiri. Menggunakan ‘penggabungan teliti penapis hivestyle, corong yang curvy, sistem penukaran kelajuan yang mudah, tork yang berkuasa dan daya graviti yang kuat’. Penapis Footloose mengeluarkan ketulan ke bekas kedap udara.

Bekas tersebut kemudiannya menggunakan teknologi NASA untuk meneutralkan bau sehingga ke tahap molekular. Cahaya UV mencetuskan pemangkin (selalunya titanium dioksida), memulakan reaksi yang mengkompotkan dan mendeodorisakan ammonia dan kompaun sulfida.

Footloose boleh didapati di Kickstarter untuk pembeli terawal dengan harga $249 (RM1035.34), dan akan masuk ke pasaran dengan harga $499 (RM2074.84). Ini agak mahal hanya untuk litterbox namun apabila melihat kebaikan yang ada dalam Footloose untuk kesihatan kucing anda dan membantu anda dalam tugas pembuangan sisa kucing anda, ia berbaloi setiap sen anda.

So boleh masuk dalam wishlist siap siap la kot. Menabunglah dari sekarang jika ingin memiliki litter tray pintar ini.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing