Fakta Yang Menyeronokkan Mengenai Kucing Tuxedo

Kucing tuxedo yang juga dikenali dengan kucing tuxie dinamakan sempena rupa mereka yang seakan-akan memakai tuxedo.

Selain dari rupanya yang menarik, kucing tuxedo juga mempunyai fakta menarik mengenai mereka.

1. Kucing tuxedo bukan baka kucing


Sama seperti kucing calico dan kucing tortoisesehell, kucing tuxedo bukan sejenis baka kucing. Ia adalah genetik corak bulu yang boleh ditemui pada mana-mana jenis kucing. Tiada spesifik baka yang diperlukan untuk menghasilkan corak kucing tuxedo.
Ini adalah kerana saintis percaya yang kucing dua warna atau piebald membentuk warna bulu mereka melalui proses sebelum kelahiran yang sangat rawak. Ini bermakna mana-mana kucing boleh berpeluang untuk menjadi kucing tuxedo atau dua warna.

2. Tingkahlaku kucing tuxedo


Pemilik kucing tuxedo selalu mengatakan yang kucing mereka mempunyai personaliti yang unik. Kucing tuxedo dikatakan sangat penyayang dan suka bermain. Ada juga peminat kucing tuxedo mengatakan yang kucing tuxedo lebih cerdik berbanding kucing yang lain.

3. Terdapat banyak kucing tuxedo yang terkenal


Anda mungkin tidak percaya namun banyak kucing yang terlibat dalam budaya pop adalah kucing tuxedo. Anda kenal watak kucing Looney Tune bernama Sylvester? Sylvester merupakan kucing tuxedo.

Presiden Amerika Syarikat mempunyai kucing tuxedo bernama Socks. Socks tersangatlah terkenal sehingga diinspirasikan dalam cerita kanak-kanak, muncul dalam komik strip dan sehingga muncul dalam siri setem istimewa Central African Republik.

Selain dari itu tahukah anda Sir Isaac Newton, Beethoven dan Shakespeare kesemuanya mempunyai kucing tuxedo. Mungkin sebab ini kot kucing tuxedo mempunyai reputasi sebagai kucing yang pintar.

Chuols ada kucing tuxedo? Kucing tuxedo anda berbeza tidak berbanding kucing yang lain? Ceritakan kepada kami di ruangan komen dan silakan kongsi gambar kucing tuxedo anda juga!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment