Fakta Rawak Mengenai Kucing Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Rasa rasanya Miaowers semua tahu semua fakta mengenai kucing? MM rasa ada di antara fakta yang akan Mm lampirkan ini anda belum mengetahuinya langsung. Jom tambah pengetahuan mengenai fakta kucing.

Gambar: Hacker Noon

1. Kucing tidak akan berbunyi ‘miaow’ kepada kucing yang lain. Kucing hanya berbunyi apabila ingin berinteraksi sesama manusia.

2. Sama seperti manusia yang buta warna, kucing boleh melihat warna namun tidak semua.

BACA JUGA: Penglihatan kucing VS penglihatan manusia

3. Tidak seperti anjing, kucing tidak boleh makan sesuatu yang manis.

BACA JUGA: fakta mengenai Deria rasa kucing

4. Seekor kucing tidak boleh memanjat secara kepala ke bawah untuk menurun dari pokok atau tiang kerana sifat kukunya. Untuk turun ke bawah kucing perlu memanjat secara mengundur.

5. Secara amnya Mesir purba dikatakan yang pertama untuk mendomestikkan kucing, namun pada 9,500 tahun yang lalu di kepulauan Mediterranean di Cyprus, terdapat kubur manusia dan kucing dikuburkan bersama. Ini dipercayai bukti yang paling tua dalam hubungan persahabatan yang istimewa antara manusia dan kucing.

6. Dewi Mesir purba yang bernama Bast asalnya mempunyai badan seorang wanita dan kepala seekor kucing. Bast merupakan pahlawan singa yang hebat, dewi Matahari namun Bast kemudiannya menjadi Bastet, dewi kucing yang dikenali sehingga kini.

7. Menurut lagenda Hebrew, Noah berdoa kepada tuhan untuk melindungi bekalan makanan dari diserang tikus. Tuhan memakbulkan doa Noah dan membuatkan seekor singa bersin lalu keluarlah kucing.

8. Kucing dianggap suci oleh orang Jepun pada tahun 1000A.D

9. The Chesire Cat watak di dalam cerita Alice in Wonderland merupakan watak kucing yang paling terbaik. Dengan kebolehannya untuk menghilangkan diri, watak misteri ini mewujudkan magis yang sejarahnya berkaitan dengan kucing.

10. Kopi yang paling mahal dan paling ‘rare’, Kopi Luwak berasal dari Indonesia. Kucing liar yang dikenali dengan nama Luwak, makan buah kopi tersebut. Buah kopi dicerna dalam perut kucing luwak tersebut sehingga yang keluar hanyalah biji kopi tersebut. Kemudian biji kopi tersebut dikutip dari najis kucing Luwak tersebut, dicuci dan dibakar. Kopi Luwak dijual sekitar RM2000 untuk 450g.

11. Jika negeri Eropah dan Utara Amerika menganggap kucing hitam membawa nasib malang, namun di Britain, Ireland, Jepun, Astralia dan New Zealand menganggap kucing hitam membawa tuah.

BACA JUGA: Fakta mengenai kucing hitam

12. Di Jepun, kucing dianggap mempunyai kuasa untuk bertukar kepada semangat yang berkuasa selepas ia m4ti. Ini adalah kerana mengikut fahaman Buddha kucing merupakan tempat bersemadi sementara untuk jiwa tahap tertinggi.

13. Hidung kucing mempunyai corak yang unik tidak sama seperti kucing yang lain. Keadaan ini sama seperti cap jari manusia.

14. Kucing mempunyai gigi sebanyak 30 batang

15. Rekod seorang manusia memiliki kucing jatuh kepada Jack Wright dari Ontario, Kanada yang memiliki dan membela kucing sebanyak 689 ekor kucing.

16. Kucing mempunyai 32 otot pada telinganya. Manakala manusia hanya mempunyai 12. Ini memberikan keupayaan kepada telinga kucing untuk mengesan mangsanya seperti tikus.

17. Kucing boleh mendengar frekuensi yang rendah dan juga tinggi dari had manusia.

18. Telinga kucing juga membantu dalam mengimbangi badan mereka ketika mereka mendarat turun dari tempat yang tinggi.

19. Misai kucing merupakan anggota yang penting dalam deria sentuhan mereka. Misai kucing bersambung dengan sel saraf dan digunakan untuk mengukur keluasan sesuatu ruang dan guna memberikan informasi kepada kucing anda perihal semua benda yang mereka pegang dan juga perubahan pada tekanan udara.

BACA JUGA: Fakta mengenai misai kucing

20. Kucing boleh bergerak sepantas 30km per jam.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment