Fakta Pulau Aoshima, Pulau Yang Majoriti Didiami Oleh Kucing

Pernah tak anda bermimpi untuk berada di dalam pulau yang majoritinya didiami kucing? Jangan terkejut ya ada kepulauan di Jepun yang bernama Pulau Aoshima di mana penduduk majoriti di sana merupakan kucing. Wow!

Aoshima yang juga dikenali sebagai Pulau Kucing, Aoshima merupakan kepulauan nelayan yang kecil di pantai Ehime. Sebelum tahun 2000, Aoshima merupakan kepulauan yang terpinggir di mana hanya 20 orang manusia menetap di situ. Setelah tularnya mengenai Aoshima di dunia internet, pelancong datang tak henti henti semata mata ingin melihat kucing kucing yang bebas berkeliaran di situ.

Populasi kucing melebihi manusia purata 6:1

Di Aoshima, kucing ada raja. Populasi mereka melebihi manusia dengan purata 6 ke 1 walaupun pulau Aoshima ni tidaklah seluas mana hanya dalam 121 ekar.

Manusia pernah mendiami pulau ni

Pada 380 tahun yang lalu penduduk yang kini dinamakan Hyogo Prefecture tertarik dengan Pulau Aoshima kerana banyak terdapat ikan sardin di lautan tersebut. Satu sumber mengatakan pada 1945 terdapat 900 manusia tinggal di Aoshima manakala satu lagi sumber mengatakan populasi makin menurun kepada 758 orang pada tahun 1955. Walaubagaimanapun jumlah tersebut dikira banyak dari penduduk kini yang hanya tinggal 20 orang.

Apa yang berlaku sebenarnya? Selepas Perang Dunia ke II ramai golongan muda Aoshima keluar dari pulau untuk mencari rezeki di tempat lain. Penduduk yang tinggal hanyalah pesara yang melihat tiada keperluan untuk keluar dari Aoshima. Semakin kurang penduduk di situ, populasi kucing semakin bertambah.

Kucing di sana berjaya mengawal masalah tikus

Sebelum meningkatnya populasi kucing, terdapat masalah tikus yang sangat besar di pulau tersebut. Ini adalah kerana penduduk Aoshima pernah membela ulat sutera untuk jaring ikan mereka. Ulat sutera tersebut menarik perhatian tikus jadi kucing di bawa masuk ke pulau untuk menyelesaikan masalah ini.

Kini masalah tikus tidak menjadi isu kepada penduduk Aoshima.

Anda boleh melawat jika anda mahu

Jika anda ingin melihat kucing kucing yang ada di Aoshma, anda boleh. Sesampainya anda di Ōzu, Ehime Prefecture, anda boleh menaiki keretapi Yosan di Stesen Shikoku. Dari situ anda boleh berjalan kaki menuju ke Port Nagahama. Dua kali sehari terdapat bot yang akan membawa anda ke Aoshima. Perjalanan bot tersebut mengambil masa selama 35 minit.

Malangnya, Aoshima tidak mempunyai kemudahan untuk pelawat bermalam di situ melainkan anda mempunyai kenalan salah seorang penduduk di situ.

Sehari hanya 34 pelancong sahaja dibenarkan melawat

Walau agak mengecewakan kerana perlu menunggu giliran, ini adalah kerana ingin menghormati golongan tua yang tinggal di kawasan tersebut. Mereka tidak mahu kediaman mereka diganggu oleh pelancong yang mungkin menganggu kehidupan mereka yang tenang.

Jadi jika anda tergolong dalam 34 orang tersebut, sila hormati individu dan kucing yang tinggal di situ.

Aoshima bukan satu satunya pulau kucing di Jepun

Pulau Kucing merupakan satu kebiasaan di Jepun dari apa yang anda fikirkan. Aoshima merupakan satu di antara lebih dari 10 pulau kucing di Jepun. Di mana semua pulau tersebut dikuasai oleh kucing, setiap satu pulau tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri yang jadikan ia satu lokasi yang patut dilawati.

Sebagai contoh jika anda ingin melawat Iwaishima, anda bukan hanya berpeluang untuk berinteraksi dengan kucing, anda juga boleh berinteraksi dengan manusia di situ. Pulau tersebut mempunyai lebih kurang 500 individu dan selebihnya kucing. Jika anda memerlukan tempat tidur, anda boleh tinggal di Ryokan, penginapan yang bertemakan tradisi Jepun. Ajima juga mempunyai pantainya sendiri dan tempat untuk berkhemah. Di Pulau Tashirojima, anda juga boleh melawat kuil kucing.

Penduduk di Aoshima memberi makan kepada kucing

Walaupun asalnya kucing di bawa ke Aoshimo untuk menangkap tikus, kucing kucing comel di sini selalunya berharap kepada pelancong dan penduduk di situ untuk memberi mereka makan. Atsuko Ogata, jururawat kampung di Aoshima secara hariannya memberi makan kepada kucing di kawasan pemberian makanan. Kucing kucing di sini juga memakan bebola nasi, bar tenaga dan snek yang lain yang mereka boleh minta dari pelancong yang datang.

Kucing di sini boleh menjaga diri mereka sendiri

Walaupun masih diberi makan oleh penduduk dan pelancong, kucing kucing di sini masih mampu menjaga diri mereka sendiri tanpa bantuan manusia. Kucing Aoshima melengkapkan diet mereka dengan ikan segar. Perairan di situ masih kaya dengan ikan sardin.

Tidak semua penduduk di situ sukakan kucing

Walau secomel dan segebu mana pun kucing, mereka juga sering membawa masalah. Bayangkan jika anda mempunyai kebun. Agak sukar untuk menjaga tanaman anda jika kucing sering kali muncul laman anda dan mengorek tanah anda untuk menanam najis mereka. Hehe. Sebab itu lah ada seorang wanita dilihat menghalau kucing kucing yang datang ke kebunnya dengan batang penyapu.

Kawalan populasi ialah kunci

Di dalam usaha untuk mengawal populasi kucing, sekurang kurangnya 10 kucing telah pun di m4ndulkan. Walaubagaimanapun usaha ini masih berjalan.

Walaupun jumlah kucing makin meningkat setiap tahun dan populasi anak kucing kelihatan comel, adalah lebih bagus jika populasi kucing kekal dalam kelompok yang kecil. Dengan jumlah kucing yang sedikit, penyakit lebih sukar untuk berjangkit sesama mereka dan mereka juga tidak akan bergaduh untuk berebutkan makanan. Selain dari itu m4ndulkan juga boleh mengurangkan masalah seperti penyemburan urin di merata tempat.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment