Fakta Mengenai Proses Pengawanan Kucing Dan Memahami Prosesnya

Proses pengawan kucing mungkin kelihatan sedikit pelik dan ganas di mata manusia. Ada pemilik kucing risau kucing betinanya akan m4ti dikerjakan oleh si jantan walaupun sebenarnya kedua-dua ekor kucing tersebut hanya sedang mengawan.

Ini mungkin kerana bunyi yang sangat teruk dikeluarkan oleh kucing betina dan pada masa yang sama digigit tengkuk oleh kucing jantan.

Tahukah anda proses peng4wanan sememangnya menyakiti buat kucing betina. Baca lanjut untuk mengetahui sebabnya.

USIA KUCING MENCAPAI KEMATANGAN

Kucing betina akan mencapai umur matang semass 6 ke 8 bulan namun ada juga yang matang awal dalam usia 3 bulan setengah.

Kucing jantan pula normalnya akan matang bermula usia 10 ke 12 bulan. Ada juga yang akan matang awal semasa berusia 6 bulan.

Jika anda ingin mengembirikan kucing anda umur yang sesuai adalah semasa kucing anda berusia 4 ke 6 bulan.

Disarankan untuk mengembiri kucing sebelum mencapai usia matang supaya hormon hormon yang berkaitan tidak akan mengubah fizikal dan tingkahlaku kucing anda.

BACA JUGA:

Hukum mengembiri kucing

Kebaikan mengembiri kucing

RITUAL KUCING MENGAWAN

Kucing jantan dan juga betina akan mula melolong-lolong yang menunjukkan kesediaan mereka untuk mengawan. Ini semestinya sangat bising dan dipanggil caterwauling. Ini adalah bunyi kucing yang luar biasa seperti berada dalam kesakitan.

Apabila kucing jantan mula menemui kucing betina, ia akan terus memanggil memanggil kucing betina tersebut dan mula mengelilinginya. Pada saat ni kucing betina tersebut akan menerima atau menolak kucing jantan tersebut dengan berbunyi hiss hiss dan telinga ke belakang.

Jika kucing betina tersebut belum bersedia kucing jantan akan menunggu dengan setia dengan harapan kucing betina tersebut akan berubah fikiran.

Kucing betina akan menunjukkan kesediaannya untuk meng4wan dengan tingkahlaku seperti:

  • Menggesel kepala di atas lantai
  • Memanggil semula kucing jantan
  • Menggesel ke arah kucing jantan
  • Berguling guling atas lantai

Pada saat ini kucing jantan akan menangkap kucing betina dari belakang dan menggigit tengkuk kucing betina tersebut. Proses mengawan selalunya berakhir dengan cepat dan kucing betina selalu akan berpaling ke arah kucing jantan tersebut dan menyer4ngnya.

Peng4wan pertama mengaktifkan ovulasi pada kucing betina jadi peng4wanan seterusnya akan berlaku untuk memastikan kucing betina sudah pun subur. Semasa kucing betina sedang ‘ on heat’, kucing betina akan meng4wan dengan kucing jantan yang lain pula dan inilah sebabnya ada anak anak kucing berlainan bapa dan kelihatan sangat berbeza antara sama lain.

PROSES MENG4WAN MENYAKITKAN KUCING BETINA

Tahukah anda proses meng4wan sebenarnya menyakiti buat kucing betina. Ini adalah kerana struktur pen1s kucing jantan yang mempunyai duri duri halus yang tajam. Duri duri ini berfungsi untuk menanggalkan sisa sisa sperm4 kucing jantan lain yang ada di dalam uterus kucing betina.

Jadi kalau anda sayangkan kucing anda silalah m4ndulkan kucing anda setelah ia melahirkan anak sekurang kurangnya sekali.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment