Fakta Mengenai Kucing Somali

Kucing Somali datangnya dari kucing Abyssinian. Hasilnya, ia berkongsikan banyak karakteristik dan tingkahlakunya dari sifat ingin tahu hinggalahnya sifatnya yang energetik!

Walaubagaimanapun, dua baka kucing ini mungkin sama dari segi tingkahlaku mereka, namun kucing Somali mempunyai rupa yang berbeza kerana bulunya yang lebih panjang. Berikut merupakan 10 fakta mengenai kucing Somali yang mungkin anda tidak tahu:

1. Bukan berasal dari Somalia

Dengan mendengar nama mereka, ramai yang menganggap kucing ini berasal dari Somalia. Walaubagaimanapun kucing Somali dikatakan bermula di negara-negara yang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

2. Dinamakan untuk Somalia

Kucing ini dinamakan untuk Somalia. Untuk lebih jelas, ia dinamakan sebagai rujukan kepada konflik Ethiopian-Somali, yang berkekalan sehingga sekarang kerana pihak British menyerahkan kawasan yang direbutkan itu kepada Ethiopia dengan tidak mengambil kira apa yang difikirkan oleh Somalia. Ini akan berkaitan kerana kucing Somali datang dari kucing Abyssinian.

3. Dibiakkan dari kucing Abyssinian

Kucing Abyssinian (kanan), kucing Somali (kiri)

Secara ringkasnya kucing Abyssinian adalah kucing British, namun ada yang berkata kucing ini datang dari Abyssinia iaitu nama bagi Empayar Ethiopian. Kucing Somali dinamakan kerana pemberi nama tersebut percaya yang perbezaan antara kucing Somali dan Abyssinian tidak lebih dari ciptaan manusia sepertilah sempadan antara Somalia dan Entihiopia.

4. Pernah dipandang rendah oleh pembiak kucing Abyssinian

Pilihan ini pernah digesa oleh beberapa fakta yang pembiak kucing Abyssinian pernah memandang rendah kucing Somali yang mempunyai bulu lebih panjang berbanding kucing mereka. Cukup untuk mengatakan yang beberapa pembiak kucing Abyssinian terkejut dengan perbezaan ini. Oleh kerana ini lah mereka kurang bersemangat mengenai kucing yang datang dari kucing Abyssinian yang berbulu panjang.

5. Dinaikkan oleh Evelyn Mague

Evelyn Mague lah yang menamakan kucing Somali. Dia bukanlah yang pertama untuk membiak kucing Abyssinian berbulu panjang, namun dia mempunyai peranan penting dalam perkembangan kucing Somali kerana dia pernah mengisukan panggilan untuk mencari kucing Abyssinian lain yang berbulu panjang untuk dibiakkan dengan kucing-kucingnya. Rupa-rupanya di luar sana ramai lagi pembiak kucing Abyssinian yang berbulu panjang dan dari situlah bermulanya perkembangan kucing Somali.

6. Tidak diterima oleh Dasar Antarabangsa sehinggalah tahun 90an

Mengambil masa agak lama untuk kucing Somali diterima serata dunia kerana ia mula diterima pada tahun 90an.

7. Kadang-kala digelar kucing musangĀ  (Fox Cat)

Gelaran ini bersesuaian dengan rupa kucing Somali dari kegebuan ekornya sehinggalah telinganya yang sedikit besar dan panjang.

8. Sangat ingin tahu

Kucing Somali bercenderung untuk mempunyai sifat ingin tahu yang kuat, inilah sebab kenapa mereka sangat berminat untuk meneroka kawasan baru sama ada dengan sendirinya atau bersama pemilik mereka.

9. Boleh dilatih berjalan dengan menggunakan kolar tali

Tidak semua kucing suka dipakaikan kolar tali. Walaubagaimanapun kucing Somali tidak tergolong dalam kucing tersebut. Kucing Somali selesa dibawa berjalan dengan menggunakan kolar tali.

10. Suka memanjat

Oleh kerana sifatnya yang penuh energetik ini tidak hairanlah kucing Somali sangat aktif dan suka memanjat. Pemilik kucing Somali perlu memikirkan untuk membeli pokok kucing untuk membolehkan kucing mereka memanjat.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment