Fakta Mengenai Kucing Odd Eyed, Dua Warna Mata Yang Berbeza

Odd eyed cat adalah kucing yang mempunyai warna mata yang berbeza. Sama ada hijau dan oren atau hijau dan biru dan sebaliknya. Odd eyed cat bukanlah sejenis baka kucing.

Ia adalah satu bentuk heterochromia yang lengkap. Apa itu heterochromia? Heterochromia merupakan kondisi yang boleh berlaku pada haiwan yang lain. Manusia juga tak lari dari heterochromia ya. Kondisi ini lebih banyak terjadi kepada kucing yang berwarna putih, namun kucing yang berwarna lain juga ada yang mengalami heterochromia yang menunjukkan kucing tersebut mempunyai gen warna putih.

PUNCA

Kondisi ini terjadi apabila gen putih epistatik yang dominan bercamput dengan gen tompok putih (selalunya terjadi kucing tuxedo atau kucing belang) menghalang pigmen melanin sebelah mata untuk berkembang. Oleh sebab anak kucing yang baru lahir mempunyai warna mata bewarna biru. Jadi apabila hanya sebelah mata sahaja yang berkembang, itu yang membuatkan sebelah mata kekal berwarna biru manakala sebelah mata lagi mengikut warna yang memang mengikut gen kucing tersebut. Kondisi ini jarang berlaku kepada kucing yang tiada gen warna putih.

FAKTA MENGENAI KUCING ODD EYED

Kucing Odd Eyed merupakan kucing yang sangat popular dalam sesetengah baka kucing termasuklah:

  • turkish van
  • turkish angora
  • sphynx
  • parsi
  • Oriental Shorthair
  • Japanese Bobtail
  • Khao Manee

Pada 1817 Kerajaan Turki bersama Zoo Ankara memulakan program pembiakan yang memelihara dan melindungi baka kucing Turkish Angora yang bewarna putih tulen dengan mata bewarna biru dan amber. Program tersebut kekal sehingga sekarang dan kucing tersebut dianggap sebagai harta negara Turki. Zoo Ankara mengkhususkan gelaran tersebut kepada kucing baka Angora yang mempunyai mata sebelah biru dan sebelah lagi bewarna amber. Mengikut folklore orang Turki, mata kucing tersebut mesti bewarna hijau seperti tasik dan biru seperti langit. Moskot Kejohanan Dunia FIBA pada tahun 2010 yang dihoskan oleh Turki merupakan kucing odd eyed bernama ‘Bascat’.

Kucing Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Muezza juga seekor kucing odd eyed.

KEPEKAKKAN DI KALANGAN KUCING ODD EYED?

Terdapat salah faham mengenai kucing odd eyes yang dilahirkan pekak sebelah telinga. Ini tidak benar sama sekali kerana terdapat 60%-70% kucing odd eyed boleh mendengar dengan jelas sekali. Dalam 10%-20% kucing yang mempunyai mata yang normal dilahirkan pekak atau menjadi pekak sejurus proses penuaan berlaku. Walaubagaimanapun kucing putih yang mempunyai satu  atau dua dua belah mata bewarna biru mempunyai peratus yang tinggi untuk mempunyai genetik pekak kerana gen putih diketahui menyebabkan kemerosotan dalam perkembangan koklea (bahagian telinga yang mengawal pendengaran) sewaktu awal kelahiran.

Hanya 6 baka kucing yang mempunyai mata asli bewarna biru. Selain dari baka ini jika mata kucing anda bewarna biru itu bermakna mata tersebut tidak berkembang secara normal. Baka yang mempunyai mata asli bewarna biru adalah:

  • Kucing siam
  • Kucing Bali
  • Kucing Himalaya
  • Kucing Birman
  • Kucing Ojos Azules (Kucing bermata biru yang bukan memiliki bulu bewarna putih)
  • Kucing Jawa

SINARAN MATA DAN KESAN MATA MERAH

Di dalam sinar flash sesebuah gambar, kucing odd eyed tipikalnya menunjukkan kesan mata merah pada bahagian mata yang bewarna biru tetapi tidak pada mata yang lain. Ini adalah kerana penggabungan kesan oleh kehadiran tapetum lucidum , pada kedua dua belah mata dan kewujudan melanin pada mata bewarna biru. Tapetum lucidum menghasilkan sinaran pada kedua dua belah mata namun pada bahagian mata yang tidak bewarna biru mengandungi lapisan melanin yang menutup tapetum lucidum dan menghilangkan sesetengah warna cahaya.

Secara keseluruhannya odd eyed pada kucing ini bukanlah sesuatu kondisi penyakit yang perlu untuk kita risau. Anggaplah ia sebagai kecacatan yang cantik. Unik kan kucing odd eyed ni.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment