Fakta Mengenai Kucing Hitam

MM tidak tahu la taste miaowers semua macam mana tapi MM cukup sukakan kucing berwarna oren dan hitam.

Mereka nampak sangat elegan lagi lagi kucing yang berwarna hitam.

Untuk post kali ini MM nak kongsi pada miaowers semua fakta mengenai kucing hitam.

Kucing hitammmmm, yang berjalan di depankuuuu. Eh?

1. Terdapat 22 baka kucing yang mempunyai warna bulu sepenuhnya bewarna hitam. Baka kucing yang sepenuhnya berwarna hitam adalah kucing bombay. Kucing bombay dikatakan kelihatan seperti harimau kumbang cuma saiznya kecil la kan? Wakanda forever! Kucing Bombay dikatakan sangat bersemangat dan suka bermain.

2. Pernah terfikir tak sebab apa kucing hitam dikatakan membawa malang? Katanya hal ni berasal dari Greece Purba. Hera, isteri Zeus hendak menghalang kelahiran Hercules (dikatakan Hercules ni hasil dari hubungan sulit Zeus dengan Puteri Alcmene). Hamba Puteri Alcmene berjaya menghalang rancangan jahat Hera. Sebagai hukuman, Hera menukar hamba tersebut menjadi kucing hitam dan menghantarnya untuk berkhidmat kepada dewi kem4tian dan sihir. Sebabkan hal itu semua kucing hitam dianggap pembantu dewi kem4tian dan sihir. Gitu pulak..

3. Bermula sejak zaman pertengahan, kucing hitam dikaitkan dengan ahli sihir, sihir dan syaitan. Apa kaitannya? Nampaknya wanita wanita yang dituduh bersalah dalam penglibatan sihir merupakan wanita wanita yang menjaga kucing jalanan. Lalu dikalangan kucing jalanan tersebut yang berwarna hitam dikatakan mengambil bahagian dalam sihir gelap mereka yang dikatakan ahli sihir ini. Ler tak pasal pasal je.

Tambahan lagi, dikatakan ahli sihir boleh menukarkan diri menjadi kucing hitam. Cerita ini bermula apabila seorang lelaki dan anak lelakinya membaling batu ke arah kucing hitam yang mereka terserempak semasa dalam perjalanan. Kucing tersebut lari masuk ke dalam rumah seorang wanita yang dikatakan seorang ahli sihir pada masa itu. Keesokan harinya lelaki tersebut dan anaknya terserempak dengan wanita tersebut dan dia berjalan tempang dan mempunyai lebam. Jelasnya wanita itulah kucing hitam yang mereka terserempak tempoh hari.

Menyulitkan lagi isu ini, Pope Gregory XI menerbitkan dokumen dalam 1233 yang menyatakan kucing hitam merupakan penjelmaan syaitan. Sebabkan kucing merupakan haiwan yang aktif pada waktu malam kebanyakkan ritual pagan dijalankan pada waktu malam. Kucing hitam juga dikaitkan dengan golongan pagan, sekumpulan manusia yang tidak beragama yang pihak gereja ingin hapuskan.

4. Lagi perkara karut melibatkan kucing hitam adalah semasa pertengahan zaman termasuklah kefahaman orang Finland yang mempercayai bahawa kucing hitam membawa roh orang m4ti pergi ke alam barzakh.

5. Di Jerman pula, jika kucing hitam melompat ke atas katil orang yang sakit itu petandanya orang itu akan mati. Kepercayaan orang Ireland terhadap kucing hitam ialah mereka beranggapan kucing hitam dapat meramal masa depan. Mereka juga percaya kucing hitam adalah penjelmaan semula orang orang yang jahat pada masa lampaunya.

6. Bagi orang India pula mereka mempercayai jika terserempak dengan kucing hitam, ia menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

7. Kepercayaan orang China pula jika terserempak dengan kucing hitam mereka akan jatuh sakit dan miskin.

8. Orang melayu pula pernah mempunyai kepercayaan apabila kucing hitam melangkah m4yat, m4yat tersebut akan bangkit menjadi hantu.

9. Walaupun banyak mitos yang mengatakan kucing hitam membawa nasib malang, namun banyak tempat lain di dunia menganggap kucing hitam membawa nasib yang baik. Contohnya seperti di Eropah dan sebahagian negara Asia, kucing hitam membawa keuntungan dalam kewangan dan membawa nasib yang baik.

10. Kucing hitam juga dikatakan membawa nasib yang baik dalam mencari pasangan hidup dan memberkati perkahwinan. Tambahan pula dalam sesetengah budaya, memberi pengantin kucing hitam pada hari perkahwinannya dapat memberi nasib baik. Dikatakan juga kucing hitam dapat memberikan kehidupan yang gembira sepanjang hayat kepada pasangan yang berkahwin.

11. Kajian yang dijalankan oleh Insitut Kesihatan Negara yang menunjukkan genetik yang sama yang memberikan kucing warna bulu sepenuhnya hitam juga melindungi kucing tersebut dari sesetengah penyakit.

12. Kucing hitam dapat mengubah warna bulunya. Gen belang tabby yang bergabung dengan cahaya matahari menyebabkan cahaya matahari mengurai pigmen yang ada di dalam bulu kucing hitam dan mendedahkan warna perang. Pendek ceritanya kucing hitam boleh berkarat. Hehe.

13. Kenapa kebanyakan kucing hitam mempunyai mata berwarna kuning? Ini adalah kerana melanisme yang merupakan berlawanan dari albinisme. Terdapat banyak sangat melanin yang menyebabkan mata mereka berwarna kuning keemasan. Namun tidak semua kucing hitam mempunyai ciri seperti ini.

14. Sama juga seperti manusia yang berusia dan beruban kucing hitam juga akan mempunyai tompokan warna putih jika semakin lanjut usia.

15. Seekor kucing hitam memegang rekod Guinesse World Record untuk kucing yang terkaya di dunia. Kucing hitam yang asalnya kucing jalanan menerima wasiat berjumlah $13 million dari pemiliknya yang kaya.

16. Secara statistiknya kucing hitam lebih banyak jantan dari betina. Ini adalah kerana pigmentasi bulu lebih dominen pada jantan, ada kepercayaan karut yang mengatakan kucing hitam jantan lebih membawa nasib baik dari betina. Kucing hitam jantan lebih banyak dibela dari betina.

17. Freyja, dewi kecantikan, kasih sayang dan magis mempunyai charriot yang ditarik oleh kucing hitam.

18. Terdapat khabar angin yang agensi perlindungan haiwan mendapati sangat sukar untuk kucing hitam mendapat tempat untuk diambil bela selain kucing yang berwarna lain. Walaubagaimanapun menurut kajian terdapat banyak kucing hitam yang dikutip masuk ke dalam pusat perlindungan.
Disebabkan terdapat pelbagai stigma yang negatif mengenai kucing hitam terdapat banyak pusat perlindungan kucing tidak membenarkan kucing hitam diambilbela. Mereka risau sekiranya kucing hitam digunakan untuk amalan k0rban sesuatu kultur sesat.

19. Jepun menganggap kucing hitam membawa nasib yang baik. Terdapat cafe kucing di Jepun di mana kucing hitam bebas bergerak dan pengunjung dapat bermain dengan kucing hitam di situ.

20. Terdapat dua hari perayaan untuk menghargai kucing hitam di Amerika. Dua hari tersebut jatuh pada 17 Ogos iaitu Hari Penghargaan Kucing Hitam National dan pada 17 November Hari Kucing Hitam National.

Walaubagaiamanapun senegatif mana stigma kucing hitam tetap kucing. Mereka wajar menerima layanan dan kasih sayang sama seperti kucing-kucing dari warna yang lain. Stigma seperti itu mengakibatkan kucing-kucing hitam dibenci dan didera sesuka hati. Mereka dijadikan sebagai mangsa kepercayaan-kepercayaan tahayul.

Seringkali kita dapat lihat kucing-kucing berwarna hitam berkeliaran di kawasan-kawasan yang terpencil. Bukan kerana mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sihir, sebaliknya dibuang oleh manusia yang masih hidup berlandaskan kepercayaan animisma.

Kucing hitam merupakan kucing yang mudah untuk dijaga sama seperti kucing-kucing warna lain. Adakalanya mereka menjadi sangat pasif dan sangat aktif untuk menarik perhatian kita.

Ramai orang berpendapat bahawa kucing hitam adalah lebih manja berbanding kucing lain dan secara peribadinya, veterinar bersetuju dengan pendapat itu.

Jadi kucing hitam is AWESOME ok!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment