Fakta Mengenai Kucing Bali: Kucing Siam Yang Berbulu Panjang

Kucing bali dikenali dengan kecerdikannya, peramah, sifat ingin tahunya dan suka bermain.

Kredit gambar: argos pet insurance

Kucing baka ini berkembang kerana dari mutasi genetik yang spontan kucing baka siam asli yang menyebabkan kucing ini mempunyai bulu yang panjang.

Berat: 2.7kg ke  to 5kg

Kepanjangan: Satu kaki setengah

Bulu: Panjang

Warna bulu: Putih berkrim yang mempunyai tompokan kelabu dan hitam di telinga, wajah seperti kucing siam

Warna mata: Biru

Jangka hayat: 12 ke 20 tahun

Karakteristik kucing bali

Tahap penyayang Tinggi
Peramah Tinggi
Mesra kanak-kanak Tinggi
Mesra haiwan lain Tinggi
Keperluan senaman Tinggi
Suka bermain Tinggi
Tahap tenaga Tinggi
Kecerdikan Tinggi
Cenderung untuk berbunyi  Tinggi
Jumlah keguguran bulu Sederhana

Sejarah kucing bali

Kredit gambar: The Spruce Pets

Walaupun namanya kucing bali, kucing baka ini tidak ada kaitan dengan Indonesia (adik beradik kucing siamnya berasal dari Thailand), nama baka kucing ini dicipta oleh pembiak kerana melihat keanggunan dan elegan kucing ini seperti penari di Kuil Bali.

Baka kucing ini tidak mempunyai sejarah yang panjang. Mutasi yang spontan terjadi menyebabkan pembiak kucing berkembang maju untuk membiak lebih banyak kucing baka ini. Program pembiakan baka kucing Bali diperkenalkan pada tahun 1950an.

Cat Fanciers’ Federation menganugerahkan kucing bali status kemenangan yang sah pada tahun 1961.

Penjagaan kucing bali

Kredit gambar: pinterest

Kucing bali secara amnya sangat aktif, bijak dan penyayang serta sangat suka bersosial, kucing bersaiz sederhana. Mereka suka bermain dan sangat suka ingin tahu jadi penting untuk anda menyediakan banyak permainan, pos mencakar untuk memastikan mereka sentiasa terhibur dan distimulasi.

Mudah dilatih

Personaliti mereka yang cerdik ini bermakna mereka mudah untuk dilatih berbanding kucing baka yang lain dengan menggunakan kaedah pendekatan yang positif. Walaupun mereka dianggap kucing yang cerdik, kadangkala mereka digelar kucing badut kerana kelakuan mereka yang kadangkala lucu.

Tidak sukakan kesunyian

Kucing bali sangat sukakan peneman. Mereka merupakan kucing yang tidak sesuai ditinggalkan bersendirian untuk tempoh yang lama dan hal ini boleh membuatkan mereka tertekan.

Mesra kanak-kanak dan haiwan lain

Kucing baka ini tiada masalah apabila didekati kanak-kanak, anjing mahupun haiwan peliharaan yang lain. Kucing bali merupakan pilihan terbaik untuk keluarga yang mempunyai ramai ahli.

Suka berbunyi

Jika anda sukakan kediaman yang sunyi, kucing bali mungkin bukan kucing untuk anda. Mereka dikenali dengan sifatnya yang suka berborak dengan pemilik mereka. Selalunya meminta perhatian. Walaubagaimanapun kucing jenis ini dikatakan lebih pendiam berbanding kucing siam yang normal.

Perapian bulu

Kucing bali mempunyai kepanjangan bulu yang sederhana, bulu yang bersinar dan akan mengalami keguguran dari masa ke semasa. Kucing jenis ini tidak memerlukan banyak penjagaan bulu sangat pun. Mereka tidak mempunyai bulu dalaman dan ini bermakna bulu mereka tidak berapa cenderung untuk kusut, kusam dan bersimpul. Memberus seminggu sekali sudah memadai.

Pembersihan telinga

Telinga mereka yang besar mungkin memerlukan sedikit perhatian untuk dicuci berbanding kucing yang lain.

Hypoallergenik

Ada yang mengatakan kucing bali adalah kucing yang hypoallergenik (bebas alergik). Tiada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan ini. Oleh kerana kucing Bali tidak mempunyai bulu dalaman, ini bermakna mereka kurang menggugurkan bulu jadi inilah sebabnya kucing jenis ini berpotensi dalam mengurangkan reaksi alergi. Namun ini tidak selalunya terjamin.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment