Fakta Mengenai Kucing Baka Lykoi, Kucing Yang Seakan Serigala Jadian

Wow, kucing baka Lykoi? Pertama kali juga tahu pasal baka kucing ni.

Kucing jenis apakah ini? Dari mana ia datang? Kenapa rupanya begitu?

Terdapat pelbagai persoalan yang disoal berulang kali sejak kucing Lykoi diperkenalkan.

Sejarah

Kredit foto: Cat Time

Kucing baka Lykoi bermula sejak tahun 2011. Kucing Lykoi yang pertama lahir pada musim luruh tahun 2011 dan membuktikan kucing jenis ini merupakan baka dengan gen yang unik.

Kelima lima pertubuhan kucing kemudiannya berdaftar bersama sama dalam tahun yang sama dengan  The International Cat Association (TICA). Sejak dari itu kerja kerja dari pelbagai pembiak dijalankan, pemilik kucing dan peminat sejati kucing baka ini menganggap kucing Lykoi seperti status rockstar.

Perkembangan baka Lykoi


Sepanjang lima tahun perjalanan, terdapat beberapa pencapaian yang harus kucing baka Lykoi diselesaikan untuk membezakan kucing ini dari baka yang lain dan menjadikan kucing Lykoi unik.

Pertama

kesemua pertubuhan kucing Lykoi mulakan baka ini dari kucing jalanan, pusat perlindungan kucing atau penempatan kucing liar. Ini merupakan perubahan mutasi semulajadi yang kucing biasa akan muncul dari masa ke semasa.

Gen tersebut muncul dari serata dunia dan 17 mutasi semulajadi ini dimasukkan dalam program pembiakan baka ini.

Kucing baka ini juga digelar sebagai “second chance breed” (baka peluang kedua) sejak mereka bermula dari kucing yang diselamatkan dan mungkin tidak mungkin hidup tanpa bantuan manusia dan kebanyakan dari kucing ini diletakkan di pusat perlindungan kucing kerana individu lain tidak menyedari bahawa istimewanya kucing kucing ini.

Kedua

kucing kucing ini telah menerima geran untuk para pengkaji melihat dengan lebih dalam mengenai gen, kulit dan bulu. Terdapat pasukan dari para saintis (ahli genetik, dermatologis,etc) bersama sama mengumpul data kucing baka Lykoi untuk menjelaskan interaksi gen yang resissif terhadap warna, bulu dan kawasan botak yang ada di kalangan kucing Lykoi.

Ketiga

kucing Lykoi lepas untuk status kejuaraan di TICA pada musim luruh tahun 2016. Ini bermakna kucing baka ini boleh menyertai pertandingan bersama kucing baka lain.

Ini mengakui bahawa kucing jenis ini adalah baka kucing di dalam dunia yang diakui oleh salah satu pendaftaran kucing yang terkemuka.

Keempat

dengan pertolongan dari banyak pembiak kucing Lykoi,ahli TICA, ahli pengkaji, kepelbagaian genetik bersama pertubuhan kucing yang banyak dan pemilik anak kucing kucing Lykoi berkembang sebagai kucing yang sangat sihat, baka yang cantik yang orang ramai boleh nikmati.

Rupa kucing Lykoi

Ada yang kata kucing Lykoi hodoh dan ada juga yang kata kucing Lykoi sangat cantik. Kucing Lykoi mempunyai gen yang unik yang menyebabkan corak roan (campur aduk warna bulu kucing normal dengan warna putih) tetapi juga corak botak pada bulu.

Ada juga kucing lain yang mempunyai karakteristik sama seperti kucing Lykoi namun kucing tersebut mesti mempunyai kedua kedua corak bulu dan corak roan untuk menjadi baka Lykoi.

Anak kucing yang lahir dengan corak yang normal dan kelihatan seperti anak kucing normal dan tidak mempunyai corak warna roan mahupun corak botak.

Kemudia dalam satu ke dua minggu, anak kucing tersebut mula kehilangan bulu dan kelihatan kembang. Anak kucing boleh kehilangan sedikit bulu mahupun kesemua bulu sepanjang proses ini.

Kredit foto: Pinterest

Kemudian dalam beberapa minggu, bulu baka Lykoi mula tumbuh. Secara tipikalnya dalam usia tiga ke empat bulan anak kucing tersebut mempunyai rupa kucing Lykoi yang lengkap.

Bulu kucing Lykoi kelihatan keras dan seperti berus namun sebenarnya ia sangatlah lembut dan seperti sutera. Orang ramai terkejut mengenai bulu kucing Lykoi setelah membelai seekor.

Bulu ini tidak selalunya stabil. Ini bermakna kucing Lykoi boleh gugur kesemua bulu dan tumbuh semula bulu yang baru yang lebih tebal ataupun nipis.

Warna corak roan juga boleh berubah dan menampakkan kucing Lykoi lebih berwarna hitam kepada lebih berwarna putih. Inilah sebab kenapa kucing Lykoi boleh kelihatan sangat berbeza.

Ada yang botak kesemuanya seperti kucing Sphynx manakala ada juga yang berbulu sepenuhnya. Ada memiliki corak seperti topeng di muka dan ada mempunyai bulu lebat.

Bahagian telinga dan hidung sentiasa botak, terdapat corak warna roan pada bulu dan bahagian kaki mempunyai bulu. Bahagian bahagian ini tidak mempunyai perubahan langsung.

Some may look more naked like a Sphynx while others can look almost completely coated. Some have better masks, and some have thicker coats. The Lykoi do keep some characteristics more consistently.

Warna bulu kucing Lykoi boleh jadi warna apa sahaja seperti kucing normal yang lain. Warna hitam adalah warna yang standard dimana orang ramai mula mengatakan kucing baka ini seperti “werewolf “(serigala jadian)

Penjagaan bulu yang khas dan keguguran bulu


Walaupun kucing Lykoi merupakan baka yang istimewa, kucing ini tidak memerlukan penjagaan yang khas. Kerana kucing ini asalnya dari kucing domestik jadi penjagaan mereka adalah seperti penjagaan kucing domestik biasa. Kucing ini boleh makan, makanan kucing yang biasa kucing normal makan, gunakan kotak najis yang sama dan sebagainya.

Namun kucing jenis ini memerlukan penjagaan yang sedikit istimewa kerana mempunyai corak botak, ada sesetengah kucing lykoi yang mengeluarkan minyak berlebihan di kawasan kuku dan di dalam telinga. Secara mudahnya kuku dan telinganya hanya perlu dibersihkan apabila perlu sahaja.

Kredit foto: Catster

Kucing jenis ini juga tidak boleh terlampau sejuk dan perlu dilindungi dari pendedahan cahaya matahari yang melampau kerana kekurangan bulu dari kucing biasa.

Orang ramai mengatakan yang kucing lykoi ni sama sahaja macam kucing biasa cuma rupanya sahaja seperti werewolf.

p/s: tak pernah jumpa lagi baka kucing ni dalam Malaysia.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing