Fakta Menarik Mengenai Kucing Putih

Elegan, bersih, suci dan kelihatan gebu itulah dia kucing putih.

Sesiapa yang memiliki kucing putih semestinya anda perlu membersihkan kucing mereka dengan kerap kerana warna putih memang cenderung untuk cepat kotor. Walaupun begitu digabungkan dengan warna mata biru, betapa cantiknya kucing putih ini. Rasa-rasa anda tahu semua fakta dan mitos mengenai kucing putih? MM yakin tak banyak yang chuols tahu, hehe… Ni MM tampilkan fakta dan mitos menarik mengenai kucing berwarna putih. Siapa ada kucing putih atau minat kucing putih kena baca!

1. Terdapat beberapa jenis baka kucing yang kesemuanya berbulu putih. Ini termasuklah kucing Turkish Van, Angora dan Oriental Foreign White Cat.

2. Terdapat banyak jenis kucing putih yang dilahirkan menjadi baka yang lain seperti kucing Parsi, Cornish Rex dan juga Devon Rex.

3. Warna mata kucing putih kebiasaannya berwarna biru, hijau, keemasan, amber dan kuning.

4. Agak mustahil untuk menjumpai kucing putih yang mata berwarna hijau. Baka kucing yang bermata hijau termasuklah kucing parsi, russian white, kucing hutan Asian dan Norwegian

5.  Ada satu kajian mengatakan yang lebih kurang 26% kucing Turkish Va mempunyai dua warna mata berbeza (odd eyed)

6. Kucing parsi muka rata yang berbulu putih lebih kerap mempunyai masalah pernafasan dan masalah mata.

7. Kucing putih selalunya pekak ini adalah kerana gen yang menyebabkan kepekakan berkaitan dengan warna putih pada bulu. Lebih -lebih lagi kucing putih yang bermata biru. Tahukah anda ada kajian menunjukkan kucing putih yang pekak digunakan untuk membantu mencipta cara untuk mempertingkatkan kehilangan deria pendengaran pada manusia!

8. Kucing putih dikatakan kurang aktif sedikit pemalu dan lebih tenang berbanding kucing warna lain.

Ada kucing putih? Tepek la gambar si putih chuols kat ruangan komen ya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment