Fakta Menarik Mengenai Kucing Hitam

Tahukah anda yang kucing hitam sangat susah untuk diterima dibela dari pusat perlindungan?

Walaupun kucing hitam merupakan peneman yang sangat menakjubkan, mereka selalu tidak diendahkan dari pembela yang berpotensi kerana mereka lebih memilik kucing yang mempunyai warna bulu yang menarik.

Banyak sebab untuk kita menerima kucing hitam, ini merupakan 5 fakta menarik yang membuatkan kucing hitam ini awesome!

1. Ada beberapa kucing hitam sebenarnya bukan hitam sepenuhnya

Walaupun banyak kucing yang hitam sepenuhnya, ada kucing hitam yang nampak hitam tapi sebenarnya warna bulu mereka banyak warna. Ini adalah banyak kucing hitam terjadi dari gen resesif yang lebih kuat dari corak belang yang mereka warisi. Jika corak ini tidak dikuasai sepenuhnya oleh gen resesif, corak belang yang pudar masih boleh dilihat apabila didedahkan dengan bebreapa jenis cahaya.

2. Lebih dari satu baka

Menurut  Cat Fanciers’ Association, terdapat 22 baka kucing yang boleh mempunyai bulu berwarna hitam sepenuhnya. Satu-satunya kucing yang secara ekslusifnya hitam adalah kucing Bombay.

3. Terdapat jantina dominan di kalangan kucing hitam

Kucing hitam boleh jadi kucing betina atau kucing jantan tapi bulu berwarna hitam lebih banyak terjadi pada kucing jantan.

4. Kucing hitam adalah pemburu yang hebat

Oleh sebab kucing adalah haiwan nokturnal dan suka melakukan pemburuan dan penerokaan pada waktu malam, sudah tentu kucing hitam mempunyai kelebihan dalam hal ini. Mangsa mereka tidak akan nampak kemunculan mereka! Hehe..

5. Kebanyakan kucing hitam mempunyai warna mata yang sama

Oleh kerana tahap melanin mereka yang tinggi, kebanyakan kucing hitam mempunyai warna bermata kucing keemasan.

Ada kucing hitam? Kongsikan gambar kucing hitam anda di ruangan komen.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment