Fakta Menarik Mengenai Kucing Baka Scottish Fold

Siapa yang tak kenal baka kucing telinga terlipat ni.. Jelasnya kucing Scottish tidak seperti kucing lain.

Selain dari telinganya, kucing baka ini mempunyai banyak ciri-ciri yang menjadikan ia kucing yang sempurna untuk dibela. Negara asal baka kucing ini sudah tentu Scotland dan sebab itulah orang Scotland sangat bangga dengan baka kucing ini.

Berikut MM kongsikan 10 fakta menarik mengenai kucing Scottish Fold.

1. Asal usul

Terdapat beberapa perincian dan kontroversi mengenai baka kucing ini (pembiakan kucing baka ini dikatakan tidak beretika kerana menggalakkan pembiakan kecacatan pada kucing), namun jelasnya kucing ini berasal dari Sotland. Beberapa ratus tahun dahulu seorang petani menjumpai kucing yang telinganya seperti terlipat. Jadi petani ini mengambil kucing ini dan membela dan membiakkannya dengan kucingnya yang lain. Hasil pembiakan ini lahirnya 5 ekor anak kucing yang dua daripadanya mempunyai telinga terlipat. Jirannya mengambil seekor darinya dan seterusnya menjadi misteri.

2. Nama kucing Scottish Fold yang pertama

Petani tersebut menamakan kucing yang ditemuinya itu Susie.

3. Genetik

Walaupun kucing Scottish Fold ini unik, perkara pelik mengenai pembiakan adalah anda tidak akan dapat anak-anak kucing Scottish Fold walaupun dua ekor kucing Scottish Fold dibiakkan. Kucing jantan Scottish Fold bersama kucing betina Scottish Fold akan melahirkan anak-anak kucing bertelinga normal.

4. Sukakan manusia

Kucing Scottish Fols sangat sukakan manusia. Ia suka mengikut anda ke mana sahaja dan duduk di riba. Orang yang tidak dikenali pun tiada masalah untuk mendekati kucing Scottish Fold.

5. Pemalas

Kucing Scottish Fold secara genetiknya pemalas! Ini lah sebabnya kenapa kucing jenis ini pendiam kerana berpurring pun malas. Nak bergerak pun malas kerana dikatakan kebanyakan pemilik kucing Scottish Fold akan mendukung kucing mereka ke mana sahaja. Aktiviti kegemaran kucing Scottish Fold adalah tidur dan mendampingi pemilik mereka. Menurut kajian, kucing Scottish Fold dikatakan meluangkan 25% masanya hanya melihat ke luar tingkap.

6. Telinga lurus adalah semulajadi ketika lahir

Anak kucing Scottish Fold semuanya bertelinga seperti anak kucing normal apabila dilahirkan. Namun setelah berusia 3 minggu, anda dapat lihat telinga mereka berubah bentuk.

7.  Osteochondrodysplasia

Ok susah bebenor nak sebut perkataan tu kan? Tapi itu merupakan ciri-ciri terpenting bagi kucing Scottish Fold. Anak-anak kucing Scottish Fold akan mengalami kecacatan ‘osteochondrodysplasia’ ini yang terjadi pada kaki anak kucing. Kaki anak kucing akan terlipat dan ini memberikan masalah untuk anak kucing tersebut berjalan.

8. Suka duduk macam orang

Salah satu ciri-ciri unik kucing Scottish Fold adalah kecenderungan mereka untuk duduk seperti orang.

9. Ekor yang sensitif

Kucing Scottish Fold cenderung untuk diserang arthritis pada ekor mereka kerana genetik. Ekor mereka sangat sensitif apabila dipegang.

10. Bulu berwarna putih banyak masalah

Sebab inilah kita jarang lihat kucing Scottish Fold berwarna putih sepenuhnya kerana menurut profesional dan pakar pembiak, kucing Scootish Fold berwarna putih sepenuhnya akan mengalami masalah pendengaran sama seperti kucing baka lain yang berwarna putih sepenuhnya juga.

Suka kucing? Jom like The Mamamiaow

Leave a comment