Elizabeth Tan Menamakan Kucing Barunya Sempena Mengenang Bekas Teman Lelakinya

Rasanya tidak semua yang terbuka untuk menamakan kucing sempena bekas teman lelaki atau wanita, namun tidak bagi penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menamakan kucing peliharaannya Mizan sempena mengenang bekas teman lelaki pertamanya.

Yelah tidak semua dapat melupakan cinta pertama kan. Gituuuuu…

Elizabeth, 26, yang lebih mesra dengan nama panggilan Lizzy, menegaskan yang ia sekadar tanda ingatan dan tiada niat lain.

“Saya baru sahaja beli anak kucing Parsi ini di sebuah laman jual beli online. Saya mencari menerusi pembida dan tahu banyak perkara daripada mereka.

“Usianya baru tiga bulan dan selepas puas fikir saya menamakannya Mizan.

“Bekas teman lelaki saya sudah berkahwin dan saya tidak bermaksud mahu mengungkit kisah lama. Lagipun, saya sudah lupakan kisah lalu dan bahagia menikmati hidup sekarang,” katanya.

Selain Mizan, Lizzy pernah memiliki seekor kucing betina daripada baka British Shorthair yang dinamakan Ling Ling.

“Ling Ling kini dijaga seorang kawan saya di Terengganu. Saya mula memeliharanya tahun lalu.

“Memelihara kucing satu terapi buat saya,” katanya.

Kesungguhan Lizzy memelihara kucing mendapat perhatian syarikat Adabi yang melantiknya sebagai duta produk makanan kucing Powercat.

Lizzy juga telah membuka akaun instagram khas untuk kucingnya Mizan ini. Anda boleh ikuti di akaun instagram mizanthecat

Sumber: Harian Metro

p/s: susah nak tengok artis kita ni adopt kucing. Semuanya beli… Semestinya lah baka-baka yang mahal. MM alergi sikit bab-bab beli kucing ni sebab kucing kat jalanan ni banyak lagi yang memerlukan forever home. Please adopt dont shop!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment