Semut merupakan serangga yang sering terdapat di dalam rumah. Bekas makanan kucing sering menjadi sasaran semut.

Semestinya perkara ini sangat menyusahkan kita sebagai pemilik kucing kerana makanan kucing bukan sesuatu yang murah kan?
Bagaimana untuk menghalang semut dari menghurung bekas/ mangkuk makanan kucing?
1. Simpan makanan kucing dengan rapi
Simpan makanan kucing dalam bekas kedap udara, elakkan membeli makanan kucing paket besar yang mengambil masa berbulan-bulan untuk habis kerana paket yang sudah dibuka akan mudah dimasuki semut.
Beli makanan kucing berpaket besar yang disediakan sekali sealer. Pastikan juga anda menutup sealer tersebut dengan betul dan rapat.
2. Sentiasa basuh mangkuk selepas makan
Ini lebih penting sekiranya anda memberi kucing anda makanan basah.
3. Beli mangkuk makanan kucing yang kalis-semut

Terdapat banyak jenis mangkuk kalis-semut yang ada di pasaran. Ada yang ruang untuk diisi air di keliling tempat diletakkan makanan ada juga yang terapung dari lantai (canggih sangat tu).
4. Mangkuk kalis-semut DIY

Letakkan mangkuk kucing di atas tray besar dan letakkan air pada tray tersebut.
5. Vaseline
Sapukan sedikit vaseline di keliling mangkuk.
6. Kerap mengemop lantai di mana terletaknya mangkuk kucing
Kucing kadangkala akan menjatuhkan beberapa makanan di atas lantai semasa makan jadi keadaan ini akan menarik perhatian semut.
7. Minyak
Fungsinya sama seperti vaseline tadi. Sapu minyak di keliling bekas makanan kucing. Tapi cara ni tidak berapa efektif sangat kerana ada kucing yang akan menjilat minyak tersebut.
8. Kapur semut

Contengkan kapur tersebut di sekeliling bekas makanan kucing. Sangat efektif menghalau semut dan kesannya akan hilang setelah beberapa bulan.
Ada tips yang tidak disebutkan kongsikan tips anda di ruangan komen k