Elakkan Kucing Kencing Dan Membuang Najis Merata Tempat Dengan Tips Ini

Walaupun sebagai pencinta kucing namun seringkali apabila berhadapan dengan masalah kucing kencing/ berak merata rata ni sangat mengundang keserabutan di kepala kita bukan?

Sekali dua boleh lagi bersabar namun jika keadaan berlarutan sehingga berbulan bulan rasanya geram jugak kan? Ini merupakan petua petua yang ada di dunia ni untuk mengelakkan kucing anda kencing/ ber4k merata rata di rumah. Perlu diingatkan ya sebelum lakukan petua ini sila bawa kucing anda ke veterinar berhampiran untuk lakukan pemeriksaan kesihatan kerana ada kucing yang kencing/ ber4k merata rata kerana mengalami masalah kesihatan. Contohnya penyakit batu karang pada kucing.

Memang sukar untuk menghilangkan bau kencing kucing. Cucilah dengan sabun, clorox, cuka, soda penaik mahupun hydrogen peroxide, baunya masih ada. Ini kerana air kencing kucing mengandungi Urea, Urobilin, Uric acid, Sodium, Elektrolit, Creatinie, Pheromones dan lima jenis bakteria.
Apabila dibersihkan dengan air, ia bertindak dengan protein serta komponen-komponen ini secara tak langsung mengaktifkan bau.

Cuka dan soda penaik pula hanya meneutralkan bau untuk sementara waktu sahaja tetapi tidak mampu membuang kesemua komponen dalam air kencing.

Pencuci khas yang mengandungi enzim sahaja yang betul betul menghilangkan kesan bau kencing kucing. Pencuci jenis ini ada terdapat di kedai haiwan. Shopee pun ada. Eh teriklan pulak. Jadi macam mana nak elak kucing kencing/ ber4k merata rata ni? Daripada terapi menenangkan diri bila bela kucing jadi serabut pula bila keadaan jadi macam ni kan.

1. SERAI

Kucing sangat tidak sukakan bau serai. Anda boleh beli produk pencuci yang berasaskan serai dan cuci kawasan kucing kencing/ berak setelah kawasan tersebut di sabun dan dibilas. Anda juga boleh meletakkan batang serai sebanyak yang mungkin di kawasan panas tersebut. Tapi ada juga kucing yang tidak lut dengan bau serai. Kena banyak try dan error.

2. LADA HITAM

Didihkan air dan masukkan satu atau dua sudu besar lada hitam. Sembur air campuran lada hitam itu di kawasan kucing selalu kencing.

3. BELERANG

Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing di kawasan tersebut.

4. KERAP MEMBERSIHKAN KOTAK PASIR

Kucing memang dikenali sebagai haiwan yang pembersih. Ada sebab kucing kencing/ ber4k merata mungkin kotak pasirnya sudah kotor.

5. CAT REPELLENT DAISO

Ketulan seakan arang ni sangat berkesan untuk mengelakkan kucing kencing di kawasan yang sama. Ini juga bagus untuk mengelakkan kucing jalanan kencing/ ber4k di kawasan rumah juga. Boleh dapati di semua kedai daiso. Namun kesan repellent ni tahan sebulan sahaja.

6. BOTOL SIRAP

Kedengaran macam pelik kan namun ada yang mengatakan bahawa petua botol yang diisi air sirap ni sangat menjadi. Tak tahu la sebab apa kucing takut sebab kucing sebenarnya tidak boleh melihat warna merah, mungkin itu kot sebabnya.

7. CUKA

Jika anda baru mengesan kucing anda kencing, segera lap air kencing tersebut, cuci dengan pencuci khas urin kucing dan bilas. Biarkan kering kemudian lap sekali lagi dengan air yang bercampur cuka. Cuka dapat menghilangkan kesan air kencing kucing.

8. KASIKAN KUCING ANDA

Ini merupakan petua yang paling susah orang nak ikut. Namun sebenarnya ini sahajalah solusinya. Dengan syarat anda perlu kasi kucing anda sebelum kucing anda memulakan tabiat kencing merata ni sebabnya ada juga kucing yang masih suka menyembur air kencing walaupun sudah dikasi. Banyak ok kebaikan kasi kucing ni.

Selamat mencuba. Perlu diingatkan di sini ya jangan denda kucing anda dengan menyakitinya kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing