Ekor Pendek Dan Telinga Lentik, Itulah Dia Kucing Baka Highlander

Dengan rupanya yang sangat comel dan personalitinya yang menawan, baka kucing yang rare ini dipanggil Highlander betul-betul menarik perhatian pencinta kucing semua.

Kucing Highlander dikenali dengan telinga yang lentik dan ekor yang semulajadi pendek, personaliti mereka yang hebat juga menawan semua orang. Kucing ini dikatakan sangat peramah, bertenaga dan suka melibatkan diri dalam aktiviti rumah.

Sejarah kucing Highlander

Pada mulanya dipanggil Highland Lynx, baka kucing Highlander dicipta pada tahun 1993 oleh pembiak bernama Joe Childers. Matlamat pembiakan ini untuk mendapatkan rupa kucing liar pada kucing domestik dan personaliti yang gembira dan menyeronokkan.

Walaupun masih dikenali sebagai Highland Lynx dalam kategori kucing rare dan eksotik, perubahan nama dilakukan oleh The International Cat Association (TICA) supaya perkatan ‘Lynx’ tersebut tidak membuatkan kucing Highlander kelihatan liar.

TICA menerima kucing Highlander sebagai kucing baka baru pada tahun 2008.

Hey, si comel!

Ciri-ciri yang ketara pada kucing Highlander sudah tentu telinga dan ekor pendeknya. Ada juga kucing Highlander yang dilahirkan dengan ekor yang panjang seperti kucing lain cumanya kucing Highlander berekor panjang tidak boleh menyertai pertandingan pertunjukkan kucing.

Menurut pembiak kucing Highlander, Sarah W. Rhodes,

“Ekor pendek yang semulajadi pendek sepanjang 1 inci. Ekornya tebal dan kadangkala ada sedikit simpul di hujung. Ekor seperti ini merupakan ciri-ciri utama kucing Highlander dan sekiranya anda melihat ekornya bergerak-gerak seperti anjing, itu menunjukkan bahawa ia sedang gembira dan teruja.”

Ciri-ciri lain yang ketara adalah telinganya yang lentik. Kucing Highlander juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak. Corak tuxedo dan seakan memakai stokin putih sahaja tidak ada pada kucing Highlander. Jika ada kucing tersebut kucing baka campuran.

Kucing Highlander juga banyak yang polydactyl. Polydactyl ini apa? Kucing yang mempunyai jari kaki lebih pada kebiasaan kucing.

Suka kucing? Jangan lupa like The Mamamiaow

Leave a comment