Dua Ekor Anak Kucing Saling Menjaga Satu Sama Lain Walaupun Tanpa Ibu!

Dua ekor anak kucing dijumpai bersendirian di Phoenix, Arizona.

Kedua-duanya menjaga satu sama lain untuk kekal hidup sehinggalah para penyelamat datang mengambil mereka.

Dua bulan lalu, Melinda Blain pengasas bersama Bottle Baby Fosters, dihubungi mengenai dua pasang anak kucing yang perlukan bantuan. Ibu kucing ini langsung tidak kelihatan. Melinda segera mengambil anak kucing yang mengalami kecederaan di kaki, merawat serta menyusukan kedua-dua anak kucing tersebut.

“Anak kucing tortie hanya seberat 85 gram manakala abangnya seberat 120 gram. Anak kucing tortie ini kekurangan berat badan untuk anak kucing yang berusia 5 hari,” kata Melinda.

Adalah satu keajaiban yang mereka berdua boleh kekal hidup tanpa ibu mereka selama ini. Mereka berdua tidak boleh berpisah dan akan menangis sekiranya berjauhan.

Anak kucing tersebut diberi nama Bonsai (tortie) dan Buddha (oren), kedua duanya mempunyai luka melecet di kaki dimana mereka dirawat dengan antibiotik untuk mengelakkan infeksi.

“Mereka segera berbunyi purr sebaik saja saya angkat mereka. Mereka seperti tahu yang mereka sangat disayangi.”

Selepas penyusuan mereka yang pertama kedua duanya saling berdamping antara satu sama lain. Mereka mendapat tidur yang lena seperti cuba untuk menggantikan dari rehat yang hilang semasa kehidupan di jalanan sebelum ini.

Dalam masa satu hari sahaja Bonsai menambah berat sebanyak 15 gram. Walaupun mempunyai banyak luka yang terok di kakinya, Bonsai kekal kuat semangat apabila ada abangnya disisi.

“Bonsai merupakan pejuang kecil yang hebat dan mempunyai bunyi purring yang paling kuat.”

Bonsai sangat cemerlang semasa rawatan dan sangat suka bergolek golek menunjukkan perut bulatnya itu.

Semasa berusia 10 hari, mata anak kucing ini sudah terbuka luas dan perut mereka yang buncit itu menunjukkan yang mereka sangat suka makan.

Apabila kedua dua ekor anak kucing ini menerima makanan pejal buat kali pertama, mereka berdua sangat sukakannya.

“Mereka secara lengkapnya sudah putus susu dan tidak pernah lupa keinginan untuk sentiasa berdampingan antara satu sama lain.”

Adik beradik ni sangat penyayang dan sweet dan penuh dengan bunyi purring.

“Bonsai sedikit pengembara dan sangat suka memanjat manakala Buddha pula suka mendampingi dan bermain bersama adiknya,” kata Melinda.

Mereka seperti dua kacang dalam satu pod dan tidak membenarkan salah seekor hilang dari pandangan.

Para penyelamat berharap semua dua ekor anak kucing ini dapat menemui rumah tetap apabila mereka berdua sudah cukup besar untuk dilepaskan pengambilan bela.

“Mereka selalu tidur di riba saya selepas bermain dan saya dapati kedua duanya selalu memeluk antara satu sama lain.”

Abang dan adik ini sentiasa menjaga keselesaan masing masing untuk kekal hidup dan bersama. Kini mereka berdua gembira, sihat dan disayangi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment