Dari Penjagaan Sementara, Empat Ekor Anak Kucing Ini Berjaya Menawan Hati Pasangan Ini Untuk Penjagaan Selama-lamanya

Sepasang suami isteri mengambil empat ekor anak kucing untuk dijaga sementara mereka menjumpai pemilik tetap untuk anak anak kucing ini.

Namun mereka tidak tahu yang anak anak kucing ini sudah mempunyai rancangan mereka yang tersendiri.

Beberapa bulan yang lalu seorang kejiranan dari Elkhart, Indiana menghubungi penyelamat tempatan, Catsnip Etc, untuk membantu kucing di kawasan mereka. Semasa misi penyelamatan ini, mereka membawa pulang anak anak kucing yang berusia dalam 8 minggu. Anak anak kucing tersebut kemudian dipindahkan ke Here Kitty Kitty Rescue, dimana sukarelawan Sarah dan Rick Hughes menerima anak anak kucing tersebut ke rumah mereka untuk penjagaan sementara.

“Rosie, Violet, Leo dan Finn datang ke rumah selepas beberapa minggu mereka diselamatkan,” kata Sarah. “Kami terus suka pada anak anak kucing ini.”

Sejak dari mula lagi anak anak kucing ini berjaya  dalam misi mereka untuk kekal bersama sama dan sentiasa berada berdekatan dengan ‘ibu bapa angkat’ mereka setiap masa. Semasa pasangan ini berbincang untuk mengambil bela hanya sepasang dari keempat empat ekor anak kucing ini, anak anak kucing ini mula membuat plot untuk menukar rancangan pasangan tersebut.

“Saya sudah bersungguh-sungguh supaya kami tidak akan gagal dalam usaha penjagaan sementara anak-anak kucing ini, perkara ini tiada dalam rancangan,” kata Sarah.

Semakin kuat Sarah cuba menahan, semakin kuat usaha anak anak kucing ini untuk menawan hatinya. Tidak mengambil masa yang lama untuk suaminya Rick jatuh ke tangan anak anak kucing tersebut hehe.

“Suami saya Rick berkata, sejak dari mula kami mendapat mereka, dia tahu dalam beberapa hari saya tidak mampu untuk berjauhan dari anak-anak kucing ini.”

Selepas beberapa bulan Sarah cuba untuk tetap pendirian dan tidak terlalu terikat dengan anak anak kucing ini. Segalanya berjalan dengan mudah sehinggalah pada awal Oktober yang lalu dia mula rasa goyah.

“Saya pulang dari kerja kerana sakit suatu tengahari dan keempat empat anak kucing ini sama-sama baring di atas katil bersama saya. Leo sangat comel apabila ia mengantuk,” kata Sarah.

“Saya mula rasa kesedaran saya bangkit dan saya berfikir saya perlu membela Leo. Namun apabila saya melihat Rosie dan memikirkan yang hanya ia sahaja yang benarkan saya memegangnya seperti bayi, jadi saya harus bela Rosie juga.”

Apabila Sarah pandang pula pada Finn dan Violet yang sentiasa berbunyi purr apabila berdekatan dengannya, hatinya mula cair.

“Fin suka bermain baling dan tangkap bersama kami dengan mainan tikusnya. Jadi saya anggap Finn pun istimewa juga. Dan Violet yang kadang kala kami panggil ‘Vi0lence’  kerana kadang kala ia boleh menjadi g4nas mencakar dinding, gigit tangan dan kaki kami namun kami tetap menyayanginya. Jadi saya fikir saya mahu bela mereka berdua juga.”

Sejak dari itu keempat empat ekor adik beradik itu berada di samping Sarah berpurring beramai ramai seperti mereka cuba membantu Sarah untuk sembuh. Sarah melihat keempat empat anak kucing ini dan tahu bahawa mereka sudah pun mempunyai rumah yang tetap.

BACA JUGA:  Keajaiban bunyi purring kucing

“Kami terikat dan berhubung keempat empat  ekor anak kucing semuanya dalam cara yang berbeza. Setiap dari mereka mempunyai personaliti unik yang membuatkan mereka mempunyai tempat di dalam hati kami,” tambah Sarah.

“Pepatah lama pernah berkata, jika anda mula menyayangi seseorang, hati anda menjadi terikat kepada mereka, anda seharusnya membenarkan mereka ke dalam hati anda. Dan ini yang dilakukan oleh kawan kami Sarah dan Rick.” kata Here Kitty Kitty Rescue (HKKR). “Keempat empat anak kucing ini sudah mempunyai kediaman tetap dan akan disayangi selamanya!”

Keempat empat anak kucing ini mulakan kehidupan mereka bersama-sama di jalanan dengan masa depan yang tidak tentu. Kini, mereka semua dapat bersama sama hidup bahagia dalam kediaman mereka bersama ibu bapa manusia mereka yang sangat sayangkan mereka.

“Sejak kami mula lakukan kerja kerja sukarelawan di HKKR dua tahun yang lalu saya selalu membayangkan yang suatu hari nanti kami akan mengambil gambar di sana dengan tangan kami penuh dengan kucing yang akan kami bawa pulang ke rumah,” kata Sarah.

“Rumah kami hanyalah satu satunya rumah yang empat empat ekor anak kucing ini tahu dan kami sedar yang mereka sebenarnya dah jumpa pun kediaman tetap mereka dan kami tidak akan pernah mahu keempat empat itu pergi.”

Adopt dont shop ok guys!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment