Dari Gebu Dan Sihat, Anak Kucing Sakit Dan Kurus Selepas 5 Hari Di Bawah Jagaan Hotel Kucing

Hotel kucing adalah pilihan pemilik kucing yang terpaksa meninggalkan kucing mereka beberapa hari atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Malangnya buat gadis ini, anak-anak kucing yang ditinggalkan di hotel kucing selama 5 hari semuanya jatuh sakit.

“Bulu hilang, kurus kering, selera makan langsung tiada!”

Dikatakan anak-anak kucingnya dihantar di sebuah hotel kucing yang terletak di Ampang. Selepas 5 hari, dia mengambil semula kucing peliharaannya, tetapi sayangnya keadaan mereka dikatakan agak teruk dan bukan seperti sedia kala.

Semua adik beradik jadi lemah…

Keadaan jadi bertambah teruk

Feline Furrfect Store

Dah dirawat di veterinar.

Cuma tidak diperjelaskan apa yang terjadi pada anak-anak kucing ini. Apa penyakit yang dihadapi oleh anak-anak kucing ini.

Malangnya seekor anak kucing sudah pun mati

Tapi pemilik kucing ini masih bersikap positif dan tidak menyalahkan hotel kucing tersebut sepenuhnya kerana punca kejadian ini tidak diketahui.

Kami di The Mamamiaow mendoakan anak-anak kucing yang lain dapat sembuh sepenuhnya. Tapi perkara macam ni memang akan terjadi sebab hotel kucing memang banyak kucing dan sudah tentu ada seekor dua yang tidak sihat dan menyebarkan virus penyakit..

Diharapkan pemilik kucing bertabah dengan ujian ini.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment