Catlover Anda Patut Tonton Filem Captain Marvel Sebab Ada Kucing Yang Bernama Goose Ini

MM sememangnya tertunggu tunggu filem Captain Marvel ini sebab ada watak kucing yang bernama Goose.  Well, jarang untuk kita lihat superhero Marvel yang ada di dunia ini yang mempunyai haiwan peliharaan lebih lebih lagi kucing. Anda jangan hairan, Captain Marvel ada memiliki seekor kucing yang diberi nama Goose, walaupun di dalam komik nama kucing Captain Marvel (Carol Danvers) adalah Chewie.

Goose muncul di dalam trailer terbaru Captain Marvel.

Peminat Marvel pertama kali melihat Goose terima kasih kepada Youtube, tetapi sekarang kita boleh lihat rupa sebenar sidekick Captain Marvel di dalam dunia perfileman. Pastinya kehadiran Goose memberi impak yang menarik dalam filem superhero kali ni.

Goose si kucing merupakan sejenis makhluk yang bernama Flerken. Panjang ceritanya kalau nak cerita Flerken itu apa, anda boleh google sahaja. Mengikut jalan cerita komik, Captain Marvel menuju ke angkasa dan pergi ke stesyen angkasa Alpha Fight dan akhirnya mengambil Chewie (nama asal Goose dalam komik). Akhirnya Captain Marvel bertemu geng Guardian of the Galaxy dan boleh dikatakan Rocket Racoon seperti orang gila apabila bertemu Chewie. Selepas cuba untuk memb*nuh Chewie dan dihalang oleh Captain Marvel, Rocket akhirnya memberitahu bahawa kucing itu merupakan spesis yang dikenali sebagai Flerken yang mengambil bentuk seperti kucing.

Akhirnya kedua dua kucing dan Racoon mula mendapat persefahaman antara satu sama lain dan Chewie merupakan spesis Flerken yang boleh mengeluarkan tentakel dan poket kecil berisi alam semesta ketika ia berasa terancam. Amboi bahaya ni.


Captain Marvel mengisahkan bagaimana Carol Danvers menjadi salah satu superhero yang paling berkuasa di Alam Semesta ini apabila bumi tersekat di tengah tengah dalam pertembungan per4ng dua bangsa Alien iaitu bangsa Kree dan Skrull. Berkisahkan semasa tahun 90 an, Captain Marvel merupakan aksi pengembaraan yang baru dalam zaman yang masih belum dilihat dalam sejarah perfileman Marvel.

Dalam filem ini juga anda akan melihat sisi lain Nick Fury yang selama ini anda tidak pernah lihat di dalam movie Marvel yang sebelum ini.

Captain Marvel menemui anda di pawagam pada bulan Mac ini. MM dah tengok dah anda bila lagi?

Artikel ini diolah semula pada 6 Mac 2019

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment