Cara Untuk Memilih Perabot Yang Tidak Akan Dicakar Oleh Kucing Anda

Pemilik kucing yang bijak pasti tahu untuk menghalang kucing mereka dari mencakar perabot, mereka semestinya menyediakan stimulasi yang tepat dan alternatif lain untuk aktiviti mencakar kucing.

Kucing sangat sukakan tempat mencakar yang bagus rekaannya dan posisi tempat mencakar juga penting.

Kucing juga pandai dalam mencari tempat mencakar. Jadi boleh ke kita pilih perabot yang tidak akan dicakar oleh kucing?

Kucing tidak akan mencakar perabot dibalut (upholsteri) penuh dan kaki kerusi yang tersembunyi

Sean Juneja, pengasas bersama dan CEO Decor Aid, memberikan tips ini:

Cari perabot dibalut penuh dengan kaki kerusi tersembunyi jenis kayu atau logam

“Fabrik yang terbaik adalah ultrasuede dan kulit kerana kucing tidak mampu mencakar atas material ini,” kata Juneja.

Elakkan fabrik jenis yang mudah tercarik seperti tweed. Untuk menanggalkan bulu kucing juga sukar dari jenis fabrik yang bertekstur ini.

Kenapa perlunya dibalut penuh?

Kata Juneja ia adalah untuk melindungi material kayu dari perabot ini yang sememangnya boleh dicakar oleh kucing.

Kerusi kulit serta logam ini bersama meja kopi ini sangat sesuai untuk pemilik kucing. Kerusi ini lengkap ditutupi oleh ultrasuede.

dan ini juga sofa kulit beserta meja logam….

Pemilik kucing harus memilih perabot yang tahan lama

Chandler Elmore dari Kuni Furniture mempunyai tips yang sama dalam memilih perabot yang tahan lama walaupun dia kurang positif dalam pemilihan perabot kulit.

“Jika perabot itu mempunyai kaca, kerja logam dan kayu, ia lebih tahan lama dari perabot jenis kulit dan suedes yang merupakan material yang tipikalnya ‘decent’,” kata Elmore.

Dia juga menegaskan bahawa material yang sememangnya teruk untuk perabot termasuklah chenille, baldu, kapas, linen, sutera dan tweed.

Ada juga pakar yang menganjurkan penggunaan perabot kulit, permaidani nipis dan perabot kucing

Donna Arbietman dari Magnolia Brook katanya dia menerima banyak persoalan mengenai kucing dan perabot serta setiap kucing adalah berbeza, jadi dia memberikan tips-tips ini:

  • Kucing secara keseluruhannya tidak sukakan material kulit berbanding material yang lain.

“Kulit mudah untuk dibersihkan dan dijaga jadi ia merupakan pilihan yang ‘selamat’.” Albietman mencadangkan untuk meletakkan pelindung cakaran ke atas material kulit tersebut.

  • Permaidani yang berbulu dan jenis jute selalunya merupakan ruang permainan yang terbaik untuk kucing kerana tekstur yang sangat disukai oleh kucing untuk mencakar jadi pemilihan karpet yang nipis yang tidak mempunyai bulu sangat sesuai.

Contoh karpet jenis jute.

  • Sediakan kepada kucing anda tempat untuk mencakar (scratching post) berdekatan.

“Jika kucing mempunyai perabotnya yang tersendiri mereka akan kurang terpengaruh untuk merosakkan perabot anda”

Pemilik kucing harus pilih perabot jenis chenille berbanding mikrofiber

Mike McCann dari Wholesale Bar Stool Club katanya mikrofiber yang nipis selalunya mudah dikoyakkan oleh kuku kucing.

“Mikrofiber digunakan untuk memudahkan kerja kerja pembersihan namun tidak tahan tusukan mahupun cakaran kucing untuk tempoh yang lama,” kata McCann.

Katanya dia percaya bahawa fabrik chenille sangat sesuai untuk kucing:

“Ia lebih kuat dan tahan dari gangguan haiwan. Ia mungkin sedikit sukar untuk dibersihkan namun ia lebih tahan lama dari mikrofiber.”

Ini sangat bercanggah dari tips dari Kuni Furniture’s Elmore di atas.

Bila hal melibatkan perabot, pemilik kucing harus biarkan ia simple sahaja

Akhir sekali, Tamalpais NatureWorks mengesyorkan perabot modular yang diperbuat dari kayu dan tanggam besi. William Callahan katakan ia merupakan perabot yang paling sihat dan mudah dijaga untuk individu serta haiwan peliharaan mereka

“Jika kucing atau anjing anda menghancurkan kaki meja, gantikan saja dengan kaki meja yang baru,” kata Callahan.

Kesimpulannya

Tidak semua tips tips ini akan berjaya dalam setiap situasi. Pakar perabot ini mungkin mempunyai pelbagai idea termasuklah dua pakar yang bercanggah antara satu sama lain. Kita juga tahu yang kucing semuanya berbeza beza– ada kucing yang suka cakar material kulit ada juga yang tidak.

Di pasaran terdapat semburan untuk mengelakkan kucing anda mencakar di tempat yang tertentu. Tapi kalau dah sayang sangat kucing tu tutup sebelah mata jelah kannnn…. Hihi

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment