Cara Mudah Untuk Mengetahui Usia Kucing

Ada 4 cara mudah untuk ketahui umur kucing ini yang mana korang boleh buat pemeriksaan fizikal ke atas kucing itu. Tapi pastikan kucing tu friendly, jangan la garang anda nak check, takut nanti tangan anda kena ngap. Hihihi.

Bulu dan Badan Kucing

Selalunya kucing tua bulunya agak kasar dan sedikit nipis. Kalau muda, bulunya lebih lembut, bersinar dan lebat. Tapi kalau kucing itu ada masalah kulit, susah la untuk korang check kecuali selepas mendapatkan rawatan di klinik veterinar. Bulu kucing tua selalunya bertukar warna seperti warna hitam berubah menjadi keperangan.


Dari bentuk badan pula, kucing muda lebih nampak tough (berotot) gitew. Ala ala main gym. haahhaha. ini disebabkan aktiviti harian kucing. Kucing dewasa pula lebih berisi dan bulat bulat. Kucing tua pula akan nampak tulang dan kulit lebih berkedut. Kalau korang perhatikan sama juga dengan manusia kan? Kalau injection secara subcut (bawah kulit), ianya agak liat nak tembus. Tapi ada juga kes disebabkan dehydrate.

Behavior atau Tingkah Laku


Selalunya kucing tua ini sangat sentitif dari segi emosi seperti agresif, takut berlebihan dan stress. Untuk kes camni korang kena bagi mereka tempat dan suasana yang baik. Mereka juga akan mula cerewet dengan litter box, pemakanan, dan lain lain lagi. Selain itu kucing tua ini akan banyak tidur berbanding bermainan. Kalau kucing muda banyak habiskan aktiviti bersosial, dating (hahaha) dan bermain main.

Mata


Kebanyakan mata kucing muda lebih cerah, clear, irisnya lebih smooth, bersih tapi kalau yang tua ini akan mula ada katarak, iris mula menipis, mata berair seperti menangis dan masa itu tepi mata akan ada comot comot.

Gigi

Andai yang semua atas itu korang tak leh nak check mungkin sebab confius korang boleh check melalui gigi dia. Yang ini senang sikit korang nak check on the spot.

  • 2 hingga 4 minggu – tumbuh gigi incisors
  • 3 hingga 4 minggu – tumbuh gigi Canine
  • 4 hingga 6 minggu – tumbuh gigi Premolars
  • 4 bulan keatas – tumbuh gigi Molars
  • 6 bulan ke 1 tahun – gigi akan tumbuh sepenuhnya dan bewarna putih
  • 2 tahun – gigi ada kuning kuning ( karang gigi / plaque )
  • 3 hingga 5 tahun – Plaque akan mula banyak
  • 5 ke atas – Plaque mula ada di semua gigi.

Selain itu boleh check gigi kucing itu haus atau mula melusuh start umur 5 tahun.  Lagi tua kucing itu kemungkinan gigi akan mula patah dan tercabut.

Tapiii anda kena tengok juga tau, kucing yang muda pun ada yang luruh gigi disebabkan bergaduh. Gigi kuning sebab makan wet food berlebihan. So nak dapatkan kepastian betul betul usia kucing ini agak susah la kalau melalui gigi saja. Hanya anggaran saja yang boleh kita tengok. Kalau anda rasa tak yakin dengan penerangan ini, anda boleh rujuk vet yang berdekatan dan tanya pada doktor atau pengawai yang bertugas na..

Sumber: Nurfuzie

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment