Cara Mudah Merawat Anak Kucing Yang Mengalami Jangkitan Mata

Anak kucing mudah untuk dijangkiti sakit mata. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan buta.

Kredit gambar: Catboots

Macam mana nak tahu anak kucing mengalami sakit mata? Mudah saja mata berair, mata berwarna merah dan mata dipenuhi tahi. Berikut merupakan cara-cara Kitten Lady’s merawat anak kucing yang mengalami sakit mata.

Cara merawat anak kucing yang sakit mata

Kredit gambar: The Pet Steps
  1. Beli Terramycin Ophthalmic Ointment
  2. Gunakan kain lembap yang suam untuk membersihkan mata anak kucing.
  3. Pastikan tangan anda betul-betul bersih
  4. Pastikan anda merawat kedua-dua belah mata walaupun hanya sebelah mata yang menunjukkan simptom.
  5. Sapu Terramycin ke setiap mata dengan menggunakan putik kapas. Jangan gunakan terlalu banyak sangat Terramycin kerana ia merupakan ubat yang sangat kuat untuk anak kucing.
  6. Ulang rawatan dengan kerap. Pada kotak Terramycin mengesyorkan sebanyak 4 kali sehari.
Kredit gambar: Bicultural Familia

TIP PANTAS: Jika anak kucing anda tak duduk diam semasa proses rawatan, anda boleh cuba balutkan dengan selimut atau tuala seperti gambar di atas.

Perlu diingatkan yang anda mungkin perlu merawat anak kucing yang lain jika jangkitan mata ini sudah tersebar ketika mereka bermain atau berhubungan antara satu sama lain. Jadi pastikan anda memeriksa mata kesemua anak-anak kucing anda. Kucing dewasa pun tak terkecuali ya.

Jika Terramycin tidak berkesan atau simptom menjadi semakin teruk, anda mungkin perlu bawa anak kucing anda ke klinik veterinar berhampiran.

Berikut merupakan tanda-tanda serius yang perlu diperhatikan:

Bila perlu ke klinik veterinar:

Kredit gambar: Pinterest
  1. Jika mata kucing anda sudah meradang dengan teruk, anda boleh lihat dengan jelas jangkitan tersebut atau mata anak kucing ands kelihata seperti kerosakan yang kekal.
  2. Jika anak kucing anda menunjukkan tanda-tanda lain jangkitan pernafasan seperti bersin-bersin, selesema atau nafas berbunyi.

Tapi seeloknya bawa cepat-cepat ke klinik veterinar lah sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Kalau setakat sakit mata ni tak mahal mana pun kalau veterinar kerajaan..

P/s: Tolong jangan letak minyak gamat dalam mata anak kucing k! Tolong sangat tu membuatkan keadaan mata anak kucing lebih teruk.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like The Mamamiaow

Leave a comment