Cara Mengatasi Keguguran Bulu Kucing

Mesti frust kan bila nak sarung seluar jeans hitam kesayangan kita penuh dengan bulu kucing kita. Jangan cakap jeans hitam, baju pon penuh dengan bulu kucing sampai orang luar pon selalu tegur “ada bela kucing ke?”. Kita pon senyum tersipu sipu malu.

Jadi untuk post kali ini MM nak kongsikan cara untuk mengatasi keguguran bulu kucing. Perlu diingatkan bulu kucing memang akan gugur. Sama ada teruk atau tidak sahaja keadaan ini berlaku.

Sebarang masalah kita perlu menyiasat puncanya bukan? Jadi apa sebenarnya punca yang menyebabkan keguguran bulu kucing?

Alopecia

Keguguran bulu atau istilahnya Alopecia, adalah masalah yang sering berlaku kepada kucing. Keguguran bulu sama ada secara menyeluruh atau sesetengah kawasan sahaja.

Diet yang tidak elok

Jika kucing anda mempunyai diet yang seimbang dan mencukupi, minum air mengikut keperluannya jadi bulu kucing akan akan sihat dan bersinar. Namun disebaliknya jika kucing anda diberi diet yang tidak sempurna, kekurangan air anda akan perasan dari keadaan bulunya seperti kasar, kerap gugur, tidak bersinar, kelemumur dan kulit berminyak. Kucing memerlukan makanan yang tinggi protein dan rendah karbo.

Alergi

Kucing juga boleh mengalami alergi yea. Alergi pada makanan boleh dilihat pada masalah kulit dan bulu kucing. Kucing boleh mengalami alergi pada sesetengah sumber protein. Dengan ini anda perlu memberi makanan kepada kucing anda jenis makanan khas untuk kucing yang ada alergi. Ataupun menukar sumber protein yang kucing anda belum pernah cuba sebelum ini.

Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria merupakan salah satu masalah kulit pada kucing. Sebagai contoh jerawat pada kucing (kucing pon boleh kena jerawat ok!), boleh menyebabkan folikel pada bulu kucing mudah untuk dijangkiti bakteria. Jadi kalau folikel pon lemah, ia menjurus kepada keguguran bulu.

Kutu

Masalah kutu pada kucing juga menjurus kepada masalah keguguran bulu. Boleh baca post yang MM sudah sediakan untuk mengurangkan kutu pada kucing.

Kurap kucing

Kurap kucing atau ringworm bukanlah disebabkan oleh cacing. Ringworm berpunca dari jangkitan kurap yang membiak di permukaan kulit kucing. Kawasan yang dijangkiti kurap memang akan menyebabkan keguguran bulu.

Stress

Kucing yang stress memang akan keguguran bulu. Jadi ketahui punca stress kucing anda, dan cuba gembirakan kucing anda. Kebiasaannya kucing akan stress apabila berdepan dengan suasanan yang baru, perkenalan kucing baru di dalam rumah dan juga kucing tidak sihat juga boleh stress.

Bunting


Ada sesetengah kucing betina yang bunting akan mengalami keguguran bulu.
Jadi apabila sudah tahu punca punca yang menyebabkan kucing gugur bulu kita boleh mula menyelesaikan masalah ini. Perlu diingatkan sekiranya keadaan kucing tiada perubahan, atau semakin teruk boleh bawa kucing ke vet berdekatan.

Perbaiki diet kucing ada

Kayakan diet kucing anda dengan protein yang tinggi. Pilih makanan yang tinggi Omega 6 dan Omega 12. Seminggu sekali beri kucing anda makan telur kuning mentah. Telur kuning kan memang kaya dengan protein.

Memberus kucing

Sarungtangan khas


Tahukah anda bahawa sekarang ini ada sarung tangan khas untuk menanggalkan bulu-bulu m4ti di kucing anda? Yaaaa, dengan ini apabila anda membelai kucing anda, tiada lagi bulu-bulu yang berterbangan. Untuk kucing yang sering keguguran bulu apabila dibelai, wajib beli sarung tangan ni. Juga boleh digunakan sewaktu memandikan kucing anda. Serius best sarungtangan ni.

Mandikan kucing

Mandikan kucing anda dua atau empat minggu sekali dapat mengurangkan bulu gugur. Guna shampoo khas untuk menjaga kualiti bulu kucing. Jangan mandikan kucing anda dengan kerap, kucing anda akan mengalami selesema.

Kerapkan vakum rumah

Vakum rumah dengan kerap adalah cara yang penting dalam mengatasi masalah bulu kucing yang gugur. Beli vakum yang mempunyai HEPA filter untuk mengurangkan alergen sekiranya anda seorang yang alergi dengan kucing.

Pembersih Udara

Pembersih udara atau air purifiers dapat membantu masalah udara yang dicemari dengan bulu kucing. Sekiranya anda memiliki kucing yang banyak, anda perlu menyimpan wang untuk membeli air purifier ini.

Dengan memberus kucing anda 5 minit setiap hari dapat mengurangkan keguguran bulu. Apabila memberus kucing, bulu bulu yang m4ti dapat ditanggalkan. Jadi tiada lagi bulu-bulu berterbangan.
Jadi kesimpulannya masalah keguguran rambut ni tidaklah boleh diselesaikan 100% kerana kucing memang akan keguguran bulu. Samada sikit atau banyak. Kita hanya boleh mengelak dari masalah ini menjadi lebih teruk. Pastikan diet yang tinggi kualiti diberikan kepada kucing anda. Diet yang bagus menjurus kepada kesihatan yang bagus bukan?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment