Cara Memilih Makanan Kucing Dengan Betul

Di Malaysia kini, kebanyakan makanan haiwan adalah makanan kucing yang diimport dari negara luar.

Dan juga sudah nampak ada beberapa pengusaha di Malaysia membuat produk makanan kucing yang bagus dan halal.

Tidak kurang juga yang dibuat sendiri menggunakan bahan bahan yang baik untuk kucing. Tapi bagaimana hendak memilih makanan kucing dengan betul dan serasi untuk kucing korang? Ikuti langkah langkah yang dicadangkan ini.

Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul

Perhatikan 3 bahan terawal

3 Bahan terawal itulah yang menjadi bahan utama pembuatan makanan kucing tersebut. Jika bahan utamanya adalah ayam, daging atau ikan bermakna terdapat kandungan protein yang tinggi di dalamnya.

Kenalpasti alahan kucing korang – Ada sesetengah kucing mempunyai alahan terhadap protein yang tertentu.
Ada sesetengah pemilik kucing menjaga diet untuk kucing mereka dan tidak akan memilih karbohidrat yang tinggi iaitu “grain-free’ tetapi perlu diberi perhatian kepada karbohidrat seperti kentang dan sayur sayuran.

Kenalpasti Analisis Jaminan

Buat perbandingan kandungan bagi makanan dalam tin (wet food) dan makanan kering (Kibbles). Ini kerana 10% protein di dalam wet food berbeza di dalam makanan kibbles.

Jika di label makanan kucing menyatakan organik (organic), dia menandakan lebih kurang 95% adalah bahan organik tidak termasuk air dan garam.

Tapi jika dinyatakan “Dibuat dengan organik” (Made with organic), ianya mempunyai 70 % bahan organik tidak termasuk air dan garam. Jadi perhatikan betul betul. Hanya label rasmi USDA sahaja yang diiktiraf.

Perasa yang bersesuaian

Pilih perasa  yang bersesuian dengan kucing korang.
Pastikan memberi makanan haiwan yang betul sepeti untuk “kitten” adalah khas anak kucing dan adult untuk kucing dewasa.

Ini kerana makanan untuk “kitten” mempunyai kalsium, Kalori dan Fosforus yang tinggi untuk membina tulang. Bagi makanan adult sesuai untuk mnjadikan kucing dewasa sihat mengikut peringkat umur.

Jauhi makanan yang berwarna

Sememangnya kibbles yang berwarna sangatlah tidak bagus untuk kucing kerana sudah tentu mempunyai pewarna tambahan yang tidak diperlukan untuk kucing.

Untuk permulaan, beli sampel makanan dahulu, jika kucing tersebut serasi, barulah belikan pek yang lebih besar, Jangan bazirkan duit untuk produk yang memberi kesan buruk kepada kucing korang
Diharap langkah langkah ini dapat membantu miaowers semua memilih makanan untuk kucing dengan tepat.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment