Cara Melindungi Kucing Anda Dari Diserang Strok Haba

Sekarang kan cuaca Malaysia panas terik. Kita sebagai manusia pun tak tahan dengan kepanasan cuaca sekarang. Apatah lagi kucing.

Walaupun kucing boleh tahan panas, kepanasan melampau boleh menyebabkan kucing kita diserang strok haba.

Pertimbangkan ini: Kucing anda mungkin menunjukkan tanda-tanda keletihan dari kehangatan cuaca atau strok haba. Semestinya kucing tidak mampu untuk menjelaskan kepada anda yang mereka kepanasan namun mereka boleh menunjukkan kepada anda ciri ciri yang jelas. Gejala awal strok haba dan berlakunya dehidrasi adalah seperti berikut:

  • keletihan dan kelesuan
  • Gelisah selalunya ditunjukkan dengan jalan terhuyung hayang
  • Degupan jantung meningkat
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Gusi berwarna merah gelap
  • Suhu dalaman kucing anda meningkat. Suhu dalaman kucing anda seharusnya 37.7 celsius dan 38.6 celsius sahaja.

Bagaimana untuk membantu melindungi kucing anda dari strok haba?

Balutan kain lembab

Anda boleh membantu kucing anda dari cuaca yang ekstrem dengan mengekalkan kucing anda berada di dalam rumah. Gosokkan badan kucing anda dengan tuala lembab, dan meletakkan keempat empat kaki mereka di dalam bekas air yang dingin dan selesa.

Dengan membalut kain dingin di bawah leher kucing pun dapat membantu mereka menyejukkan diri.

Menyediakan air minum yang segar dan dingin

Minuman yang terbaik untuk kucing adalah jenis air yang dikeluarkan secara automatik. Terdapat pelbagai jenis yang dijual di dalam pasaran dan yang terbaik adalah jenis fountain di mana air minuman kucing akan sentiasa mengalir dan ditapis.

Jika di rumah anda tiada, anda boleh sediakan lebih banyak bekas air minuman untuk kucing anda dan airnya sentiasa diganti ganti supaya air kekal segar.

Walaupun kedengaran seperti sedikit pelik, kucing yang mengalami kepanasan dalaman mungkin tidak mahu minum air dan akan menyebabkan kucing anda mengalami dehidrasi. Jadi pastikan anda memaksa kucing anda minum air dengan menggunakan syringe namun perlu berhati hati supaya kucing anda tidak terlemas.

Selaran matahari (sunburn)

Sedang kucing atau kucing putih mudah terdedah dengan selaran matahari (sunburn). Lama kelamaan, pendedahan yang berulang ulang kepada selaran matahari boleh menyebabkan munculnya sel squamous carcinoma sejenis kanser yang selalunya dijumpai di hujung telinga dan hidung kucing. Tanda awal adalah luka yang tidak sembuh sembuh dan berdarah.

Kucing yang berwarna putih seharusnya dilindungi dari sinaran secara terus dari matahari. Jika perlu anda boleh meletakkan pelindung cahaya matahari pada telinga dan hidung mereka. Veterinar anda boleh mengesyorkan jenis pelindung cahaya matahari mana yang tidak merbahaya pada kucing.

Penafian: MM bukanlah seorang veterinar. Artikel ini hanya untuk memberikan anda permulaan untuk anda lakukan penyelidikan sendiri jadi anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih berinfomasi. Jadi apa apa pun sila rujuk veterinar anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing