Cara-cara Memperkenalkan Kucing Anda Kepada Kucing Baru

Selama ni anda membela seekor sahaja kucing dari ia kecil sampailah besar. Rasa kesian pulak kan main sendiri, tiada kawan dan anda merasakan kucing anda kesepian. Lalu anda pon merasakan tiba masa untuk memberi kawan kepada kucing anda.

Tapi anda mula risau adakah kucing anda akan serasi dengan kucing baru tersebut? Lebih lebih lagi anda ingin membawa pulang anak kucing baru untuk berkawan dengan kucing anda.

Ramai pemilik kucing tak sedar bahawa kucing mereka yang selama ni friendly, mungkin mempunyai masalah untuk serasi dengan anak kucing yang anda bawa pulang ke rumah untuk dibela. Anak kucing mungkin bersemangat untuk berkawan dengan kucing anda (memang sifat anak kucing macam tu), tetapi kucing anda mungkin tidak mahu ada kaitan langsung dengan anak kucing tersebut.

Lalu kemungkinan kucing anda sedih, berasa terasing, sering membuat bunyi hiss dan kadang kala tidak mahu makan apabila mereka tidak rasa serasi dengan anak kucing anda yang baru itu. Tingkahlaku ini adalah biasa kepada kucing kerana kucing tidak sukakan perubahan lebih lebih lagi apabila melibatkan kawasan territory (jajahan) mereka. Memperkenalkan kucing baru kepada kucing anda boleh menyebabkan kucing anda tertekan dan stress. Namun ada langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan proses sesi suai kucing baru ini berjalan dengan lancar.

Persediaan untuk menerima anak kucing baru

Persediaan adalah kunci untuk suaikenal yang berjaya. Jika anda sudah mempersediakan kucing anda untuk kehadiran kucin baru dan membuatkan perubahan tidak terlalu drastik maka kucing anda mudah untuk menerima kehadiran kawan barunya itu.

Pheromones adalah bahan kimia yang memberi kucing rasa gembira dan selesa. Pheromones berguna dalam memberikan suasana aman dan tenang kepada semua kucing. Seminggu sebelum kehadiran kucing baru, anda boleh menggunakan pheromones kepada kucing anda. Pheromones jenis diffuser, spray dan wipe ada kebanyakkan dijual di kedai haiwan. Cuba guna pheromones secukupnya sebelum kehadiran kucing baru.

Jika anda syak kucing anda stress dan gelisah dengan kehadiran kucing baru, sila sediakan supplement khas untuk memberi kucing anda tenang. Supplement ini tidak memabukkan kucing anda, ia dirumus khas untuk menenangkan kucing anda.

Segala peralatan baru untuk anak kucing baru anda seperti bekas makanan, litter box dan permainan sebelum membawa anak kucing pulang ke rumah. Jika boleh, gunakan peralatan yang sudah anak kucing itu gunakan sekiranya anda mengambil anak kucing itu dari orang atau pusat perlindungan kucing. Ini adalah untuk kucing anda boleh mengecam bau anak kucing itu terlebih dahulu sebelum kedatangannya di rumah anda.

Sediakan ruang khas untuk anak kucing anda sebagai contoh bilik air untuk anak kucing anda menghabiskan masa di situ. Kucing anda yang sedia ada itu boleh mengekses pintu ke bilik tersebut untuk mendengar dan menghidu bau anak kucing tersebut namun jangan bagi ada apa-apa interaksi lagi antara mereka berdua. Letak segala peralatan anak kucing tersebut seperti bekas makanan, litter box dan mainan. Letakkan juga mainan kepunyaan kucing anda yang sedia ada.

Sebelum membawa pulang anak kucing baru, sila pastikan kucing anda sihat. Menambah tekanan kepada kucing yang tidak sihat lagi menyukarkan keadaan.

Memperkenalkan kucing anda kepada anak kucing baru

Setelah anda mempersediakan kucing anda untuk menerima kehadiran anak kucing baru, ini adalah masa untuk membawa pulang anak kucing tersebut pulang ke rumah anda. Perlu diingatkan untuk bersabar ya. Ada kucing yang mudah untuk serasi, ada juga kucing yang memerlukan masa untuk serasi. Anda perlu pastikan kehormnian mereka berdua apabila berada di dalam rumah.

Apabila anda membawa pulang anak kucing, sila benarkan kucing anda untuk menghidu anak kucing tersebut sementara anak kucing itu berada di dalam carrier. Terus letak anak kucing tersebut di ruang khas yang sudah anda sediakan untuk anak kucing tersebut. Jangan benarkan kucing anda masuk ke ruang tersebut tanpa pemerhatian anda. Pada waktu malam sekiranya anda tiada di rumah sila tutup pintu bilik yang anda khaskan untuk anak kucing tersebut. Pastikan segala keperluannya ada di dalam bilik tersebut. Semakin ingin tahu kucing anda semakin bersemangat ia mengetahui perihal anak kucing dalam bilik tersebut. Kucing anda akan mendengar, menghidu dan akan cuba mencapai anak kucing tersebut.  Lakukan perkara ini dalam seminggu, bergantung kepada macam mana kucing anda bertindak dalam perubahan ini. Jangan lupa untuk menghabiskan masa bersama kucing anda setelah anda bermain dengan anak kucing baru itu. Kucing anda akan mula menghidu bau anak kucing tersebut pada anda.  Semakin lama kucing anda akan mula biasa dengan bau anak kucing tersebut.

Setelah seminggu biarkan anak kucing anda bebas meneroka rumah anda. Namun dalam pemerhatian anda. Biarkan kucing anda memerhati anak kucing tersebut. Jangan paksa interaksi antara mereka. Jika kucing anda mempunyai permainan kegemarannya seperti bulu atau laser, cuba anda bermain dengan kedua-dua kucing tersebut dengan permainan itu. Ini akan menggalakkan aktiviti bersama. Anda juga boleh cuba untuk memberi makan kepada mereka pada waktu yang sama namun pada bekas makanan yang berbeza. Pastikan anda memberi ruang supaya kucing anda tidak terasa terancam.

Galakkan respon yang positif jika kucing anda mula berinteraksi dengan anak kucing tersebut seperti pujian, bagi treats dan belaian. Kita mahukan kucing anda berasa gembira apabila ia mula berinteraksi dengan anak kucing tersebut.

Biarkan kucing anda menegakkan hierarkinya

Kucing semestinya mementingkan hierarkinya dan anak kucing baru perlu mengetahui dimana kedudukannya. Kucing akan mungkin memerlukan masa untuk memberitahu anak kucing tersebut tahap hierarkinya. Kucing anda akan mula mengeluarkan bunyi hiss atau memukul anak kucing tersebut sekiranya anak kucing tersebut melakukan sesuatu yang tidak disukai kucing anda. Alaaaaa cara kucing behave anak dorang lah kiranya tu. Sila jangan masuk campur ya. Masa ini kucing anda sedang mewujudkan peranan mereka sebagai kucing utama di dalam rumah dan anak kucing tersebut diajar untuk memahami sempadan sebagai kucing baru. Jika keadaan nampak teruk atau kucing anda mula mencederekan anak kucing tersebut, cepat-cepat halang dan bawa anak kucing jauh dari kucing anda. Dan mulakan semula sesi perkenalan melalui bau seperti yang dinyatakan di atas tadi.

Sila bersabar dalam membina bonding antara kedua dua kucing anda. Ada mengambil masa yang sekejap, ada juga mengabil masa yang lama untuk serasi. Ingatlah apabila kucing anda mula serasi, anda mungkin berasa terharu melihat keakraban mereka. Semoga berjaya miaowers!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment