Cara-cara Mandikan Kucing Dengan Selamat

Masa mandi mungkin merupakan saat yang agak genting bagi kita pemilik kucing kan? Kalau tak kena cakar, tak sah la kan?

Ada kucing yang sukakan air dan ada juga kucing yang sangat takutkan air. Jadi macam mana nak mandikan kucing tapi selamat sehingga habis proses mandian itu?

BACA JUGA: Faktor yang mempengaruhi kekerapan kucing perlu mandi

Bagaimana untuk memandikan kucing

Untuk kucing yang agak agresif sekiranya terkena air, adalah lebih baik sekiranya kukunya dipotong terlebih dahulu untuk mengelakkan diri anda tercedera. Anda juga disyorkan untuk bermain dengan kucing anda terlebih dahulu untuk membuatkan kucing anda tidak bertenaga sepenuhnya.

1. Beruskan bulu kucing anda terlebih dahulu untuk membuang bulu mati dan melonggarkan bulu yang tersimpul

2. Dengan perlahan-lahan sumbatkan bebola kapas ke dalam telinga kucing untuk mengelakkan telinga mereka dimasuki air.

3. Disyorkan untuk menggunakan tikar mandi jadi kucing anda lebih berasa selamat.

4. Penuhkan  3 ke 4 inci air suam dalam besen

5. Perlahan-lahan ambil air dari besen basahkan kucing anda.

6. Sabunkan kucing anda dengan sabun khas untuk kucing. Sekiranya tiada, mandian bayi pun boleh. Pastikan anda tidak mengenai wajah, mata dan telinga kucing. Jangan sesekali basahkan muka kucing. Sekiranya anda ingin mencuci bahagian muka, anda hanya boleh mengelap dengan kain lembap sahaja.

7. Gosok-gosok kucing anda dengan teliti supaya sabun mengenai setiap helaian bulu. Anda boleh mengurut-urut kucing supaya kucing anda lebih tenang.

8. Bilas kucing anda dengan teliti. Jangan ada saki baki buih yang tertinggal kerana mungkin akan menyebabkan keradangan kulit.

9. Keringkan kucing anda dengan tuala yang menyerap air dengan baik. Tuala jenis mikrofiber tidak digalakkan kerana tidak dapat menyerap dengan baik.

10. Jika kucing anda tidak ketakutan, anda boleh gunakan pengering rambut. Gunakan setting yang rendah sahaja.

11. Jangan lupa beri ganjaran kepada kucing anda supaya kucing anda akan mengetahui setiap proses mandi kucing anda akan menerima hadiah dan ia satu perkara yang menggembirakan.

BACA JUGA: Kelebihan mandi buat kucing

p/s: Sebenarnya MM tidak berapa galakkan cara mandikan kucing di dalam sangkar kerana proses tersebut sebenarnya memberi tekanan kepada kucing. Anda juga tidak dapat mencapai kucing anda untuk menggosok-gosok bulu kucing anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment