Cara-Cara Hilangkan Bau Kucing Di Rumah Anda

Jika anda mempunyai kucing atau pernah memasuki rumah seseorang yang ada membela kucing, anda mungkin mengenali bau yang dikenali sebagai “bau kucing”.

Persoalannya, boleh ke bela kucing tanpa rumah kita berbau seperti ini. Berita baiknya anda tidak perlu mengetepikan keseronokkan membela kucing hanya kerana inginkan rumah anda berbau wangi. Walaupun anda memiliki lebih dari seekor kucing, anda masih boleh mengekalkan kediaman anda berbau wangi jadi tetamu tidak sedar pun yang anda sebenarnya membela kucing.

Semuanya bergantung kepada cara anda membersihkan rumah dengan betul dan meluangkan masa untuk melakukannya secara teratur.

1. Kotak pasir

Sentiasa membersihkan kotak pasir kucing. Cara untuk mengurangkan bau pada kotak pasir kucing adalah dengan menaburkan sedikit baking soda.

2. Bersihkan kawasan kucing selalu berada

Penting untuk bersihkan kawasan kucing anda tidur dengan kerap. Cuci bantal, selimut dan katil kucing secara tetap.

3. Bersihkan rumah dengan teliti

Penting juga untuk anda membersihkan rumah dengan teliti. Ini melibatkan penggunaan vakum yang bagus yang berfungsi untuk membersihkan bulu kucing dan dander. Jangan hanya dokuskan pada karpet, seminggu sekali anda perlu memvakum juga kesemua langsir-langsir dan semua upholsteri yang ada di rumah. Jika anda inginkan rumah anda sentiasa bersih dan wangi, anda perlu mempertimbangkan untuk memvakum karpet sekurang-kurangnya selang sehari.

TIPS: baking soda juga boleh ditaburkan di atas karpet sebelum divakum untuk menyerap segala bau dan membuatkan rumah anda berbau segar.

4. Tukar penapis penyaman udara

Jika anda sudah membersihkan rumah dengan teliti namun masih ada bau yang kurang enak, anda mungkin perlu menukarkan penapis penyaman udara anda. Ini perlu dibuat setiap 30 hari tidak kira anda mempunyai kucing atau tidak.

5. Penapis udara

Semestinya satu produk yang perlu dimiliki sekiranya anda membela kucing. Bukan sahaja menapis udara anda, malah dapat menyerap segala bau-bau yang tidak enak. Memberikan udara di rumah anda segar, tidak berbau dan bersih.

Ini mungkin kelihatan seperti banyak kerja tapi kebanyakannya sama sahaja yang anda perlu lakukan untuk mengekalkan kebersihan rumah walaupun anda tidak mempunyai kucing.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment