Cara Berkomunikasi Dan Memahami Kucing Anda

Sebelum anda belajar untuk berkomunikasi dengan kucing anda, anda perlu memahami bagaimana kucing anda berkomunikasi dengan anda.

Tahukah anda bahawa bunyi miaow adalah bentuk komunikasi kucing terhadap manusia. Secara semulajadinya, kucing tidak akan berbunyi atara satu sama lain selepas membesar dari bayi. Jika kucing anda berbunyi kepada anda, ia cuba memberitahu anda sesuatu.

Dan bukan itu sahaja, memahami bahasa tubuh kucing anda juga menjadi perkara penting untuk memahami bagaimana kucing anda berkomunikasi dengan anda. Memahami mood kucing anda dengan memahami bahasa tubuh kucing anda sebelum anda cuba berkomunikasi dengannya.

Komunikasi kucing — perkara penting adalah tona suara anda

Jika kucing anda dalam mood yang baik untuk berkomunikasi dengan anda, bagaimana caranya untuk anda berkomunikasi semula dalam bahasa kucing— atau bahasa manusia itu sendiri? Kedua duanya boleh sebenarnya! Mm pun kadangkala bunyi miaow juga apabila kucing kucing mm berbunyi dengan mm (mm pun terfikir juga apa benda laaaah yang mm cakap dengan dorang ni). Seriously, perkara penting untuk bercakap dengan kucing anda adalah tona suara anda.

Bercakap dalam suara yang tinggi.

Kucing lebih respon kepada suara soprano jadi gunakan suara yang tinggi apabila bercakap dengan kucing anda tapi bukan nada menjerit. Lelaki pun harus bercakap dengan kucing mereka dengan suara yang tinggi dari suara biasa mereka. Mm perasan apabila mm guna suara tinggi acah acah macam cakap dengan baby, kucing kucing mm akan datang ke arah mm.

Sesuaikan tona suara anda dengan mesej yang anda ingin sampaikan.

Tona suara sangat penting kepada kucing, bukan manusia sahaja. Jika anda memuji kucing anda, jadikan tona suara anda ringan dan penuh kasih sayang. Jika anda sedang mengajar tingkahlakunya yang tidak elok, anda perlu tegas dalam tona suara anda (tidak semestinya menjerit). Dua mesej yang berbeza perlu berbunyi dengan berbeza jika tidak kucing anda tidak memahami apa yang anda katakan.

Gunakan isyarat vokal dan pengulangan.

Jika anda mahu kucing anda mempelajari sesuatu, ulangi perbuatan dan menambah isyarat vokal untuk membantu mereka belajar. Contoh seperti ‘Good Boy’ atau ‘Good Girl’. Tambahkan pujian anda dengan snek dan kucing anda akan terlatih apabila rutin itu berulang ulang.

Sekarang, anda dah tahu mengenai komunikasi kucing

Kini anda sudah tahu cara berkomunikasi dengan kucing jadi tiba masa untuk anda mula berlatih sehari sehari. Kucing anda sememangnya mahu berkomunikasi dengan anda jadi berusahalah untuk berkomunikasi semula dengan mereka. Dengan mengetahui cara untuk berkomunikasi bersama kucing anda dapat meningkatkan lagi ikatan yang ada dengan kucing anda.

Sunyi dan damai juga merupakan kunci untuk komunikasi kucing yang bagus

Kucing gembira apabila mereka tinggal di persekitaran yang senyap, damai dan bebas dari bunyi bising seperti muzik yang kuat, bunyi pembersih vakum dan juga suara manusia menjerit. Bunyi yang kuat boleh menakutkan kucing kerana dua sebab:

Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusi, dan mereka boleh mendengar bunyi yang tidak dapat didengar oleh telinga manusia. Ini memberikan kucing kelebihan untuk memburu.

Kucing boleh jadi pemangsa dan juga mangsa, jadi mereka sentiasa perlu berwaspada terhadap sesuatu atau seseorang yang ingin mengancam mereka. Oleh kerana kucing sentiasa dalam mood berjaga jaga (lebih lebih lagi kucing jalanan dan terbiar), bunyi kuat yang tiba tiba boleh menyebabkan mereka terkejut sehingga melompat. Ini mungkin lucu untuk ditengok namun perkara ini boleh menyebabkan kucing anda stress, gelisah dan masalah tingkahlaku.

Jadi, wujudkan persekitaran rumah anda dengan suasanan yang tenang, damai dan senyap kucing anda akan jadi seekor kucing yang kool gituuuu…

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment