Bunyi Purr Purr Kucing Tidak Selalunya Bermakna Kucing Anda Gembira

Apabila kucing berbunyi purring, semua pencinta kucing secara automatiknya merasakan yang kucing gembira.

Namun ini bukan selalunya betul. Realitinya, kucing berbunyi purring kerana banyak sebab dan ia bukanlah menunjukkan kucing anda kegembiraan mahupun teruja.

BACA JUGA: Keajaiban bunyi purring

Sebab kucing berpurring

1. Sedang bergembira

Pertamanya adalah, penting untuk anda mengetahui pelbagai sebab kenapa kucing berpurring. Sebab yang paling jelas adalah kerana kucing gembira. Purring jenis ini selalunya dikaitkan dengan posisi tubuh yang relaks dan bunyi lembut yang sangat relaks untuk didengari.

Kucing anda mungkin berpurring ketika bermain dengan permainan kegemarannya atau semasa merapikan dirinya.

2. Naluri Keibuan

Sebab yang lain kucing berpurring adalah ia berkaitan dengan naluri keibuan. Sedar atau tidak yang kucing berbunyi purring untuk menyedari kehadiran antara satu sama lain. Ibu kucing selalu membuat bunyi purring kemudian menjangkakan anak-anaknya respon jadi ia memudahksn untuk mengetahui lokasi kesemua anak-anaknya.

3. Inginkan perhatian

Jika kucing anda hanya duduk bersebelahan anda, merenung atau duduk di atas lantai melihat anda kemudian berpurring, ini berkemungkinan kucing anda hanya mahukan perhatian.

4. Tertekan

Kucing akan berbunyi purring jika mereka dalam tekanan. Jika ia kerap berpurring ini mungkin kerana terdapat perubahan dalam persekitarannya dan membuatkannya tertekanan. Purring jenis ini lebih kerap dan lebih kuat. Sebenarnya kucing yang berpurring kerana stress atau kesakitan fikizal selalunya akan berpurring tidak berhenti dan cenderung untuk menjadi semakin kuat dan kuat.

5. Dalam kesakitan

Kucing juga akan berpurring sekiranya mereka dalam kesakitan keran bunyi purring menenangkan mereka. Kucing sangat pandai menyembunyikan kesakitan jadi anda seharusnya lebih peka dalam mengesan sebarang perubahan kucing anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment