Bujibu Chempel Dianggap Sebagai Abang Kepada Yusuf Iskandar

Kita selaku pencinta kucing kan memang akan menganggap kucing sebagai ahli keluarga kita dan bukannya sekadar haiwan peliharaan sahaja kan? Sama sahaja dengan Hanis Zalikha yang sememangnya menganggap kucing peliharaannya yang bernama Bujibu Chempel ini sebagai anaknya sendiri.

Sebut mengenai Bujibu Chempel ini, MM pasti semua pencinta kucing mengenali kucing seekor ini. Ini adalah kerana Bujibu Chempel antara kucing yang terkenal di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah apabila di Instagramnya kini mencecah hampir 945 ribu pengikut.

Bujibu juga sering memperlihatkan wajahnya yang sombong dan bongkak menjadi pesona semula jadi kucing itu. Berasal dari Ukraine, Rusia dan dari baka British Short Hair, tidak hairanlah Bujibu begitu comel. Menurut Hanis, dia mendapatkan Bujibu dari papa kucing terkenal, @johanandhiscats.

Jika anda mengikuti Instagram si Bujibu ini, ada sahaja gelagat yang dilakukan dengan caption yang kelakar. Hanis menambah,

“Chempel adalah nama asalnya di Rusia. Tetapi dia tak pernah respon kepada nama itu macam dia sendiri pun tertanya-tanya siapa Chempel tu. Jadi, saya tambahkan awalannya Bujibu. Bujibu tu datang daripada bunyi comel yang menggeramkan (“bujibujibujibu”) dan dari situlah Bujibu Chempel menjadi nama penuhnya.”

Sekiranya ada entri yang baru dimuatnaik, pastinya di ruangan komen instagram milik kucing itu dihujani pelbagai reaksi pengikutnya yang sentiasa menunggu telatah kucing itu, ada sahaja yang menghiburkan hati.
Bujibu juga salah satu pengerat hubungan mereka sekeluarga lebih-lebih lagi mereka mengelarkan Bujibu sebagai abang kepada Yusuf. Kini, Bujibu perlu berebut mendapat perhatian di Instagram kerana populariti Yusuf Iskandar kini lebih terserlah.

Bersyukur kerana memiliki Bujibu, Hanis dan Hairul gembira kerana Bujibu disayangi ramai. Menurut Hanis lagi,

“Bujibu memang tak pernah menyusahkan kami dan layak diminati. Bujibu juga salah satu pengerat hubungan saya dan Hairul kerana kami sama-sama suka dan teruja dengan telatah Bujibu. Kami juga seronok melihat hasil rakaman dan gambar kami di akaun Instagram Bujibu mendapat sambutan yang baik.”

Hanis dan Hairul juga berterima kasih dan menghargai semua yang meminati kucing mereka.

Jom kita lihat telatah comel Bujibu Chempel ini

#1

#2

#3

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

MM pun anggap kucing-kucing MM macam anak-anak sendiri jugak…

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment