Bomba Mengambil Masa Satu Jam Selamatkan Kucing Yang Terjatuh Ke Dalam Longkang Sedalam 6 Meter

Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin, Johor menerima laporan dari orang awam pada pukul 9:19 pagi 22 November mengenai seekor kucing jalanan yang jatuh ke dalam longkang.

Ketua jabatan, Nazarudin Yusof mengetahui pasukan seramai 7 anggota bersama-sama kereta bomba yang lengkap dengan tali dan tangga menuju ke tempat kejadian. Longkang sedalam 6 meter ini dipenuhi air kumbahan. Kucing malang tersebut mudah lemas jika tiada sesiapa yang membantu.

Kesemua anggota bomba bekerjasama menyelamatkan kucing tersebut dengan menghantar seorang anggota ke bawah longkang tersebut bersama-sama tali keselamatan. Menurut Sin Chew Daily, kucing jalanan tersebut yang berada di dalam paip kumbahan kelihatan takutkan anggota bomba yang cuba mendekatnya. Dalam proses mengelak bomba tersebut, kucing tersebut jatuh ke dalam longkang!

Selepas sejam, pihak bomba berjaya menyelamatkan kucing ini yang lencun dibasahi air kumbahan.

Tahniah buat Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin yang berusaha dengan gigih untuk menyelamatkan kucing ini. Yang membuatkan lebih terharu, pasukan bomba ini juga membawa pulang kucing ini ke balai mereka untuk membersihkan dan memberi makan kucing tersebut.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment