Boleh Ke Kucing Minum Air Kelapa Muda?

Air kelapa muda sememangnya berkhasiat untuk manusia. Namun adakah sama kesannya terhadap kucing?

Kebanyakan pemilik kucing memilih untuk memberikan air kelapa muda pada kucing sekiranya mereka tidak sihat. Namun benar atau tidak petua ini? Jom kita ketahui dengan lebih lanjut.

Boleh ke kucing minum air kelapa muda?

Sebenarnya jawapannya berbeza pada setiap kucing. Jadi kita akan mengetahui segala kemungkinan kesan pengambilan air kelapa muda terhadap kucing.

Bagaimana air kelapa muda memberi kesan terhadap kucing?

Air kelapa muda adalah sumber Karbohidrat dan elektrolit yang bagus. Air kelapa muda mengandungi jumlah sodium, potassium dan magnesium yang tinggi. Oleh kerana bahan-bahan inilah air kelapa muda bertindak sebagai agen penghidrat yang terbaik.
Namun, air kelapa muda tidak boleh digunakan sebagai rawatan penghidratan semula semata-mata. Selalunya, banyak makanan yang sesuai untuk manusia tidak sesuai untuk kucing.

Mujurlah air kelapa muda tidak merbahaya kepada kucing. Air kelapa muda juga mengandungi triglycerides yang sangat berguna untuk kucing yang mengalami masalah penghadaman seperti kembung perut, sakit perut dan sebagainya. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam air kelapa muda juga dapat membantu mencantikkan kualiti bulu kucijg dan meningkatkan imun kucing.

Apa kebaikan air kelapa muda bagi kucing

Anda pasti berasa lega apabila mengetahui yang air kelapa muda sangat berguna bagi anak kucing yang sedang menguatkan imuniti mereka. Air kelapa muda membantu anak kucing lebih kuat bertahan dari penyakit dan isu kesihatan.

Menurut Nur Fuzie, kucing yang mengalami keracunan boleh diberikan air kelapa muda. Resipi yang dikongsikan seperti berikut:

AIR KELAPA (10 biji) yang muda diberi minum. INi diikuti dengan kerap kali memberi minum 20 biji telur (bahagian putih sahaja)

Ok ke kucing minum air kelapa muda?

Ada beberapa pemilik kucing melaporkan yang kucing mereka menjadi pelik selepas meminum air kelapa muda. Kadang kala kucing berkelakuan seperti diberikan sedatif atau hyperaktif. Sama seperti manusia yang mengalami reaksi terhadap pelbagai makanan, sama jugalah seperti kucing. Ada sesetengah kucing boleh minum air kelapa muda seperti minum air biasa. Ada pula kucing yang mengalami reaksi pelik seperti diberikan ubat-ubatan.

Selalunya ok sahaja kucing untuk meminum air kelapa muda bagu jumlah yang kecil. Namun jangan diberikan seperti air minuman biasa. Air kelapa muda juga mengandungi kandungan gula yang tinggi jadi seekor kucing tidak boleh minum air kelapa muda melebihi 8 aun sehari.

Selain dari itu, sesetengah isu boleh terjadi kerana kandungan potassium di dalam air kelapa muda. Potassium boleh memberi kesan terhadap buah pinggang kucing dan jumlah potassium yang berlebihan boleh menyebabkan Hyperkalemia pada kucing. Hyperkalemia terjadi apabila jumlah potassium yang tinggi dalam darah kucing.

Siapa pernah rawat kucing dengan menggunakan air kelapa muda? Kongsikan di ruangan komen.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment