Bila Sepatutnya Anda Mengk4si Kucing Jantan Anda?

Secara ringkasnya anda perlu mengkasi kucing jantan anda. Apabila kucing jantan anda masih muda, mereka lebih manja berbanding kucing betina. Sekiranya mereka sudah matang, mereka sukar untuk kekal berada di dalam rumah kerana sibuk menjaga kawasan dan mencari kucing betina. Lagipun banyak kebaikan yang anda boleh dapat sekiranya anda mengkasi kucing anda.

Kucing jantan anda akan mula menanda kawasan rumah anda dengan urin dan sering cuba untuk keluar dari rumah setiap kali berpeluang. Kucing jantan anda juga akan sering bergaduh dengan kucing jantan yang lain.

Bila masa yang terbaik untuk mengkasi kucing?

Beberapa masa yang lalu selalu dinasihatkan untuk mengkasi kucing jantan apabila mereka mencapai usia 9 bulan. Namun kini adalah lebih baik mengkasi kucing jantan anda apabila mereka mula mencapai usia 4 atau 5 bulan.

Mengkasi kucing dewasa

Jika anda mengadopsi kucing dewasa, dinasihatkan supaya ia dikasi secepat yang mungkin. Ini dapat membantu mengelakkan dari masalah yang akan berlaku untuk anda dan kucing anda yang lain di rumah.

Kucing yang baru dibela akan lebih mudah hilang sekiranya ia keluar rumah dalam keadaan on heat, kerana ia masih belum biasa dengan persekitarannya yang baru.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment