Betul Ke Kucing Boleh Lihat Apa Yang Manusia Tak Dapat Lihat

Pernah tak terjadi kucing anda merenung tajam pada sesuatu tempat namun apabila anda memerhatikan tempat tersebut tiada apa yang hendak dilihat melainkan siling mahupun dinding kosong sahaja.

Mungkinkah kucing anda melihat sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar manusia?

Dalam beberapa budaya dan kepercayaan, kucing mendapat tempat khusus dan dikaitkan dengan hal-hal yang  misteri dan mistik. Bahkan ada yang beranggapan bahawa kucing adalah salah satu haiwan yang dapat melihat hantu.

Menurut kajian, ternyata mata kucing dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Ini adalah kerana mata kucing mampu membezakan dan melihat dengan jelas warna-warna lain di sekitarnya, seperti sinar UV atau ultraviolet. Benda-benda seperti ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Menurut kajian dari The Mind Unleashed pada bulan April tahun 2014 yang lalu menyebutkan bahawa di dunia ini terdapat banyak objek yang dapat menyerap sinar UV dan memantulkannya kembali.

Kelebihan mata kucing dalam menangkap objek yang dapat memantulkan sinar UV itu kerana dalam mata kucing terdapat beberapa bahagian selaput nipis yang dapat mentransmisikan gelombang sinar UC di udara dan menghantarkannya ke saraf otak agar dapat diproses dan dilihat dengan jelas.

Manusia tidak dapat melihat sinar-sinar UV tersebut kerana lensa mata manusia ada satu lapisan yang berfungsi untuk melindungi retina dari sinaran berlebihan yang dipancarkan oleh sinar UV.

Menurut pelbagai penelitian yang pernah dilakukan sebelumnya, hantu atau objek astral juga dapat memancarkan sinar UV khusus yang hanya dapat dikesan dan dilihat dengan menggunakan alat Infrared Ultraviolet Light IR dan semacamnya.

Oleh kerana suatu objek yang disebut hantu, jin atau makhluk astral ini memancarkan sinar UV dan kucing dapat menangkap serta melihatnya, maka kesimpulan bahawa memang kucing dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Benar atau tidak, bergantung kepada bagaimana anda menyimpulkan kenyataan ini.
Jadi kalau ternampak kucing anda merenung sesuatu tempat jangan ditegur ok. Hehe

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment