Bermula Dari Video Tik Tok Yang Tular, Kepopulariti Kucing Ini Kian Meningkat

Jade Taylor-Ryan, gadis berusia 17 tahun dari Kanada mengepos video kucingnya, Ed, menepuk tangan, berpusing-pusing dan bergerak mengikut rental muzik lagu Mr Sandman.

Jelasnya Jade mampu memasukkan kesemua perkara yang netizen suka di dunia internet iaitu, kucing, video dan meme. Jadi tidak hairanlah video nya menjadi tular sehingga mengumpul view sehingga lebih 7 juta dan like dalam 1.5 ribu juta sejak video ini dipos beberapa hari yang lalu.

Jade yang baru menggunakan tiktok beberapa bulan berkata idea menghasilkan video ini tiba-tiba sahaja muncul.

“Jujurnya, saya hanya bosan pada satu malam dan melihat ada pengguna lain menggunakan filter 9-kamera ini dan saya rasa mungkin agak kelakar jika saya buat dengan kucing saya dan terus saya buat!”

Boleh lihat video yang menggegarkan dunia pencinta kucing di bawah kalau anda tak lihat lagi:

View this post on Instagram

The video that started it all! #sandmancat

A post shared by Ed ? (@thesandmancat) on

Oleh kerana tertularnya video tersebut, Jade membuka akaun Instagram kucingnya yang diberi nama The Sandman Cat. 

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment