Berapa Lamakah Kucing Mampu Tahan Tanpa Makanan?

Terdapat beberapa sebab kenapa kucing anda tidak mahu makan, ia selalunya menunjukkan yang ada sesuatu tidak kena dengan kucing anda. Bergantung kepada sejarah kesihatan dan usia kucing anda, menolak makanan boleh menyebabkan maut. Jika anda perasan yang kucing anda tidak makan beberapa hari anda patut bimbang kerana ini menunjukkan sesuatu masalah yang perlu diambil berat. Tambahan lagi hanya kerana kucing anda tidak mahu makan ini tidak bermakna ia lapar. Terdapat beberapa sebab kenapa kucing anda tidak mahu makan.

Sebab kenapa kucing enggan makan

Tidak sihat

Spektrum mengenai hal ini tidaklah berapa meluas namun terdapat beberapa sebab kenapa kucing anda tidak mahu makan secara tiba-tiba. Penjelasan yang paling mudah adalah kucing anda sedang dalam kesakitan ataupun tidak sihat. Ia mungkin terlalu lemah untuk pergi makan.

Kucing nak bersalin

Ada juga situasi kucing yang hampir bersalin tiba-tiba berhenti makan. Ini lebih kepada tanda-tanda kucing tersebut sudah ingin melahirkan anak. Ini adalah persiapan untuk proses kelahiran. Selalunya ibu kucing akan memakan plasenta selepas melahirkan anak. Jika terlalu lama sangat kucing anda tidak makan, sila bawa kucing anda ke veterinar berdekatan.

Kesakitan dalaman

Kucing anda tidak mahu makan mungkin kerana mempunyai masalah kesakitan dalaman yang serius. Jika anda tahu yang kucing anda mengalami masalah buah pinggang, jadi kucing anda memang akan kurang selera makan.

Berapa lama kucing mampu tahan tanpa makan?

Jujurnya jika kucing anda mengalami masalah dalaman, apabila kucing anda tidak mahu makan ianya petanda kucing anda sedang nazak. Kucing anda mampu bertahan beberapa hari tanpa makan sebelum ia akan mati secara semulajadi. Walaubagaimana pun tiada jaminan yang kucing anda tidak sengsara selama tempoh tersebut. Jika anda mahu kucing anda pergi dengan sendirinya, pastikan kucing anda selesa sehabis baik dan ia boleh pergi dengan tenang.

Jika berlaku kepada kucing anda, adalah lebih baik membawa kucing anda ke veterinar secepat yang mungkin. Agak tidak berperikemanusiaan kan untuk membiarkan kucing anda sengsara tidak mahu makan.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment