Berapa Lama Tempoh Kebuntingan Kucing? 5 Tahap Kebuntingan Kucing Yang Anda Perlu Tahu

MM merupakan penyokong tegar pengkasian dan pemandulan kucing.

Ia merupakan sebahagian usaha untuk mengurangkan kadar kem4tian kucing di pusat perlindungan.

Namun begitu, ramai antara kita akan menghadapi kucing yang kebuntingan juga sama ada bekerja di klinik haiwan, pusat perlindungan mahupun mengambil kucing jalanan dan terbiar. Jadi kucing akan bunting untuk tempoh berapa lama dan apa yang anda patut tahu mengenai kebuntingan kucing? Jadi jom lihat lima tahap kebuntingan kucing:

1. Kesuburan


Sebelum menjawab persoalan berapa lama kucing bunting, mari bincang terlebih dahulu kucing akan mula matang pada usia seawal 6 bulan. Ada juga kucing yang akan matang seawal usia 4 bulan.
Kucing betina yang on heat akan mengawan dengan beberapa ekor kucing jantan yang berbeza. Pengawanan yang pertama untuk menyuburkan kucing betina. pengawanan kedua dan seterusnya akan berlangsung sekiranya pengawanan tidak berjaya.

Kucing betina anda akan berhenti on heat sekiranya pengawanan sudah berjaya. Oleh sebab inilah anak-anak kucing yang keluar selalunya berbeza-beza kerana dalam sekumpulan anak-anak kucing yang dilahirkan terdapat ayah kucing yang berbeza-beza. Melainkan jika kucing betina anda hanya mengawan dengan seekor kucing jantan sahaja.

Tempoh kucing bunting selalunya berjalan selama 58 ke 72 hari lamanya.

2. Peringkat awal kebuntingan kucing

Antara persoalan yang anda mungkin fikir adalah kucing ada morning sickness ke? Anda mungkin terkejut jika mengetahui yang kucing akan mengalami morning sickness semasa peringkat awal kebuntingannya. Pada dua minggu pertama, kucing anda mungkin makan sedikit kerana loya yang ia alami namun pada minggu ketiga ia mula akan makan semula dan akan menambah berat. Pada minggu ketiga anda mungkin dapat merasakan benjolan anak-anak kucing dalam perutnya.

3. Peringkat pertengahan kebuntingan kucing

Kini kucing anda mula menambah berat kerana anak-anak kucing semakin membesar dan bergantung kepada jumlah anak-anak yang dikandungnya, kucing anda mungkin kelihatan seperti bola yang kembung. Jika anda ingin tahu berapa jumlah anak-anak kucing yang kucing anda akan dapat, anda boleh ke klinik veterinar untuk menjalankan ultrasound sekiranya klinik tersebut mempunyai perkhidmatan tersebut.

4. Pra-kelahiran

Tempoh pra kelahiran selalunya terjadi seminggu sebelum kucing anda sepatutnya melahirkan. Puting kucing akan jelas kelihatan dan anda mungkin dapat melihat titisan susu juga. Kucing anda akan mencari tempat yang sesuai, hangat dan selesa untuk melahirkan anaknya. Anda boleh membantu dengan memberikan kotak atau bekas yang sesuai untuk kucing anda melahirkan anak. Kucing anda mungkin akan berhenti makan dalam dua hari sebelum ia akan melahirkan anak.

5. Kelahiran

Ia akan menjadi jelas apabila kucing anda ingin melahirkan anda. Kucing anda akan mula menjilat-jilat kemaluannya dan akan berbunyi kerana ketidakselesaan. Jika ini merupakan kelahiran pertama kucing anda, ia mungkin akan mundar-mandir dan kelihatan gelisah. Kucing anda akan melahirkan anaknya yang pertama dalam satu jam selepas proses kelahiran bermula. Selepas itu anak-anak kucing yang lain akan keluar selang 15 ke 20 minit sehinggalah anak kucing yang terakhir keluar.

Selalunya ibu kucing akan membersihkan anak-anaknya. Ia akan menjilat-jilat anaknya dan memakan uri untuk memberikan ia tenaga dan nutrisi yang diperlukan. Biarkan sahaja kucing anda memakan uri tersebut walaupun anda geli melihatnya.

Tidak perlu panik atau bergegas ke klinik sekiranya kucing anda ingin melahirkan anak. Hanya memerhati dengan teliti dan proses kelahiran tersebut berjalan secara normal dan lancar. Anak-anak kucing tersebut perlu berada bersama ibu mereka sekurang-kurangnya selama 8 minggu supaya anak-anak kucing betul-betul putus susu namun 12 minggu bersama ibu mereka adalah terbaik.

Sejurus anak-anak kucing sudah putus susu, anda digalakkan memandulkan kucing anda secepat yang boleh kerana ia boleh in heat semula selepas ia tidak lagi menyusukan anak-anaknya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment