Tuah ayam nampak di kaki. Tuah kucing bagaimana pulak yea?
Nasib seekor kucing jalanan bernama Benson yang asalnya dari Dubai, berubah menjadi seekor kucing model yang agak berjaya di Amerika Syarikat. Atau mungkin kita boleh sebut ‘meowdel’? Hehe..
Benson ditemui di jalanan Dubai dalam keadaan yang sedih dan sesat kerana ditinggalkan tuan asal. Akhirnya, Benson diambil oleh pasangan dari Amerika Syarikat.
“Kami jumpa Benson lima tahun lalu di Dubai. Benson merayau-rayau di jalanan. Keluarga asalnya pindah dan tinggalkan Benson, jadi kami ambil Benson dan bawa pulang ke Amerika Syarikat,” pemilik Benson memberitahu Bored Panda.
Sejurus selepas membela Benson, pasangan ini sedar yang Benson sangat suka diambil gambar dan bergaya. Benson akan duduk diam sahaja apabila bergambar.
Sejak muncul pada Mac 2019, Benson seringkali bergaya lebih pada tipikal gambar kucing sahaja seperti contoh gambar sedang tidur dan melakukan perkara yang kucing lakukan. Namun pada bulan April, Benson mula menggayakan cermin mata bulat seperti Harry Potter dan bow tie. Selepas pada itu, Benson mula menggayakan pelbagai aksesori dan pakaian. Tidak seperti kucing biasa, Benson sangat sukakan kamera dan tenang saja menggayakan pelbagai pose seperti ia tahu saja ia model kucing…
Kini dengan pengikutnya seramai 200K lebih di Instagram, kepopulariti Benson tidak lagi boleh disangkal. Pada bulan April tahun lalu, peminat Benson mengundinya untuk memenangi kategori Cat of The Month, dan Benson berjaya membawa pulang sebuah trofi.
Anda boleh pergi ke Instagram Benson, @a_street_cat_named_benson untuk lihat pelbagai gaya yang digayakan oleh Benson si meowdel ni.
Anda ada kucing yang suka bergambar, ha mana tahu anda sedang melahirkan seekor bintang meowdel lagi?
Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow di FB