Benny Kucing Jantan Penyayang Menjadi Ayah Tumpang Anak Kucing Tiada Ibu Ini

Semasa pasukan penyelamat menjumpainya, anak kucing kecil ini sahaja yang masih hidup antara semua adik beradiknya yang lain.

Dan ia menemui ayah tumpangan untuk disayangi.

ini betul betul menyelamatkan nyawanya.

Seminggu lalu, Nova Cat Clinic  menerima anak kucing yang berusia satu hari yang sangat memerlukan penjagaan yang kritikal. Anak kucing calico ini sahajalah yang terselamat dari adik beradiknya yang lain.

Sukarelawan dari Animal Welfare League of Arlington bekerja keras untuk menyelamatkannya namun ternyata anak kucing tersebut memerlukan lebih bantuan.

“Mereka membawanya kepada saya 5 februari yang lalu kerana mereka tahu yang saya pakar dalam penjagaan anak kucing neonatal yang kritikal,” kata Ellen Carozza seorang juruteknik veterinar yang bertauliah di Nova Cat.
“Selepas kami mengambilnya, veterinar kami cepat cepat memeriksa keadaan anak kucing tersebut dan memberikannya rawatan antibiotik. Ia sangat kurang berat badan dan perlu disusukan melalui tiub.”

Sebagai anak kucing tunggal, ia sentiasa mencari kehangatan dan sesuatu yang mimik degupan jantung ibu kucing.

Walaupun hanya seberat 71 gram, ia mempunyai degupan jantung seperti pahlawan dan tidak mahu menyerah. Ia sangat teruja untuk disayangi dan dibelai dan Ellen tahu teman yang tepat untuk anak kucing tersebut.

Ellen mempunyai kucing yang bernama Benny yang merupakan raja di dalam kediaman Ellen dan sudah menjadi ayah tumpangan untuk banyak anak anak kucing yang diselamatkan dan yang Ellen membawa pulang ke rumah.

Benny seekor kucing jantan yang sangat baik dan mempunyai hati emas. Apabila ia melihat anak kucing yang memerlukan bantuan, Benny cepat cepat pergi ke anak kucing tersebut dan menjaga seperti mana ibu kucing menjaga anak anaknya.

Anak kucing calico tersebut mereka menamakannya Adora Belle, dan ia tidak terkecuali untuk menerima kasih sayang Benny.

Sejurus ia mengesan anak kucing tersebut, ia mula melakukan kerjanya.

“Kami memandikan Adora Belle dan benarkan Benny membelai anak kucing tersebut dan itulah yang Benny lakukan dengan segera.”

Anak kucing ini diletakkan di dalam inkubator untuk membantu mengawal suhu badannya namun tiada apa yang boleh menghalang Benny dari lakukan perkara yang ia suka.

Benny tidur bersebelahan inkubator dan menemani anak kucing itu sepanjang malam.

“Apabila saya pulang ke rumah Benny nampak saya mendekati inkubator di rumah dengan beg travel anak kucing dan cepat cepat ia bangun seperti tahu yang saya bawa anak kucing untuknya.” kata Ellen.
 “Benny banyak membantu semasa Adora Belle diberi susu dan sangat suka merapi anak kucing tersebut,” tambah Ellen.”

Dengan bantuan dari pasukan vererinar dan kasih sayang yang tidak terbatas dari Benny, Adora Belle membesar dan semakin kuat setiap hari.

Dalam masa hanya seminggu, Adora sudah menggandakan berat badannya dan semakin kuat.

“Matanya buka cepat dan Adora sangat suka dirapikan oleh Benny dan berus giginya sekiranya Benny tiada bersamanya.”

Walaupun bermula dengan kehidupan yang sukar, Adora kini bertambah baik.

Benny sentiasa mengambil peluang untuk menyayangi anak kucingnya dan sentiasa berada di sisi Adora.

Anda boleh mengetahui update mengenai Adora dan Benny di Facebook dan di Instagram ini.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment