Bella Thorne Mempunyai 19 Ekor Kucing Kerana Dia Enggan Mengkasi dan Memandulkan Kucing-kucingnya

Rumah Bella Thorne sememangnya seakan-akan impian bagi pencinta kucing. Bagi yang tak kenal siapa Bella Thorne ni, dia merupakan seorang pelakon, penyanyi dan bekas bintang Disney. Kalau chuols pernah tengok filem Amittyville: The Awakening yang melakonkan watak utama filem tu ha dia lah.

Dalam temubual baru-baru ini artis berusia 21 tahun ini mendedahkan yang kini dia mempunyai 19 ekor kucing tinggal bersamanya di rumahnya di Beverly Hills. Kucing-kucingnya itu siap mempunyai istana mereka sendiri di kediamannya itu.

Menurut the Los Angeles TimesBella tidak mahu memandulkan kucing pertamanya Lola kerana merasakan tindakan tersebut adalah ‘barbaric’. Oleh sebab itulah pelakon tersebut kini tinggal bersama 4 generasi keluarga Lola.

Walaubagaimanapun, Bella sentiasa merupakan seorang pencinta kucing…..

“Jika saya sedang menangis atau kesedihan, mereka (kucing-kucingnya) akan datang kepada saya dan seperti memujuk saya kerana mereka tahu yang saya sedang mengalami hari yang buruk,” katanya.

Pada tahun 2016, dia memberitahu Us Weekly yang dua ahli dunia kucingnya yang asal adalah Lola dan Louis.

 “Ia membuatkan saya rasa lebih baik kerana untuk seketika saya hanya memikirkan mengenai mereka, apa yang mereka mahu dan bukan mengenai saya dan apa yang sedang saya lalui.”

Rumah agam dan santuari kucing bukan hanya perkara yang menarik mengenainya. Menurut Times, luaran rumahnya dicat dengan warna purple yang sangat terang dan dekorasi rumahnya dihiaskan dengan bermacam-macam barangan seperti contoh patung unicorn setinggi 12 kaki dan dinding DIY bunga ros felt.

Tak dapat bayang macam mana keadaan rumahnya dengan 19 ekor kucing tu. Kalau dia masih tak mahu mengkasi dan memandul alamatnya makin bertambahlah koloni kucing dia tu.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment