Bela Kucing Akan Mendatangkan Dosa Sekiranya….

Selain menceriakan hidup kita, membasmi haiwan perosak di dalam rumah dan juga sebagai peneman kita juga nak kan bela kucing sebagai lubuk pahala kita.

Berbuat baik sesama haiwan di dunia ini semestinya mendatangkan pahala buat kita. Namun jangan hairan ya bela kucing ataupun apa sahaja haiwan juga boleh menjadi dos4 buat kita.

Jadi elakkan dari lakukan perkara yang mendatangkan dos4 kepada kita ya seperti:

1. Membuat jiran tidak senang

Hidup berjiran ni kenalah saling menjaga kesenangan hidup antara satu sama lain. Macam mana boleh berdosa bela kucing ni? Kalau anda bela kucing tapi kucing anda menganggu jiran anda seperti

  • Membuang najis di kawasan rumahnya
  • Masuk ke dalam rumah (kalau jenis suka kucing tak mengapa lah)
  • Merosakkan harta benda jiran
  • Bau tidak menyenangkan yang datang dari rumah kita.

Tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan Abu Hurairah menyusahkan jirannya dengan hobi memelihara kucing ini. Justeru, mereka yang ingin mencontohi hobi beliau wajib baginya menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan juga hak-hak jiran daripada diceroboh.

Berbuat baik kepada jiran telah ditegaskan oleh sabda nabi SAW yang bermaksud:

“Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Demi Allah, dia tidak beriman.

Sahabat lalu ditanya: “Siapakah dia Ya Rasulullah?

Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda baginda lagi: Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat (akhirat) maka janganlah menyakiti jirannya. (Riwayat Bukhari).

2. Tidak menjaga kebajikan kucing

Sudahlah dibiarkan kucing berpeleseran di kawasan rumah sampai menganggu jiran jiran, kebajikan kucing pula langsung tidak dijaga. Bak kucing jalanan padahal kucing bertuan. Macam mana kebajikan yang tidak terjaga?

  • Makan minum kucing tak dijaga
  • Kucing sakit atau luka tidak diendah

Bela kucing ni kena rajin ya. Kalau rasa diri tu tak rajin, jangan bela kucing.

3. Mengurung kucing

Secara fitrahnya kucing haiwan yang sukakan kebebasan dan meneroka. Sudahlah kurung kucing 24jam, sangkar pula sempit. Kasihan lah. Tidak jadi masalah jika hanya kurung pada sesetengah waktu sahaja. Seperti pada malam hari atau semasa kucing sedang sakit. Tapi untuk shelter kucing mungkin dimaafkan kerana yelah dalam satu shelter berapa ekor kucing yang ada. Nak biarkan berpeleseran agak sukar untuk dikawal.

Dalam riwayat hadis, dinyatakan tentang seorang wanita yang mengurung seekor kucing tanpa diberi makan. Akhirnya kucing tersebut m4ti akibat kelaparan. Wanita itu dihumban masuk ke dalam neraka kerana berlaku zalim kepada kucing. Maka kita sewajarnya tidak berlaku zalim terhadap haiwan.

4. Tidak mengawal populasi kucing

Bab ni agak tabu sikit. Lagi lagi dalam masyarakat orang melayu kita. Disuruhnya m4ndulkan kucing tidak mahu, tapi setelah kucing makin membiak dan membiak lalu dibuangnya di pasar. Atas alasan, pandailah kucing cari makan Allah sudah tetapkan rezekinya.

Cuba kita lihat kucing kucing yang dibuang di pasar adakah keadaan nya elok seperti kucing yang dibela?

Kucing jantan pula jika tidak dikasi, memang mendatangkan masalah seperti memancut urin. Dah jika kucing memancut di rumah jiran tidakkah itu mendatangkan dos4 kepada kita?

Jangan sebabkan nak menjaga fitrah kucing yang inginkan keturunan (kalau tanya kucing lah dia pun tak ingin beranak setahun sampai 3x), ia mendatangkan dos4 kepada kita.

JAKIM memberi fatwa untuk mem4ndulkan kucing adalah harus.

Untuk mengikuti pandangan mazhab :

1-Ulama mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa mengkasi haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.

2-Ulama mazhab Malik pula berpendapat Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.

3- Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yang dimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Mereka berpendapat: Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya ketika ia kecil, dan diharamkan selain daripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan proses mengkasi itu tidak mendatangkan kecelakaan (kepada (haiwan).

4-Ulama Hanbali pula mengharuskan mengkasi kambing untuk mengelokkan dagingnya. Dikatakan: Makruh mengkasi kuda dan haiwan lain.

5-Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.

Terdapat beberapa pandangan ulama’ yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat manafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syeikh Muhammad ibn Sholeh al Uthaimin (Angggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi dan pakar fiqh abad ini ) pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan b*nuh jika tidak ada orang yang ingin membelanya, maka apakah hukum mem4ndulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-

“Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari memb*nuh binatang tersebut setelah ia tercipta” Seterusnya Syeikh ibn Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan mem4ndulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di m4ndulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).

Jadi kesimpulannya di sini jika mampu menjaga kebajikan kesemua kucing kucing yang ada, tidak harus mem4ndulkan kucing. Tapi jika sebaliknya diharuskan untuk mem4ndulkan kucing.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing