Bekerja Dari Rumah Dan Ada Kucing? 5 Tips Untuk Anda Kekal Produktif

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai di antara kita yang perlu bekerja dari rumah kan?

Bekerja dari rumah dan kekal produktif sememangnya satu perkara yang sukar. Lebih-lebih lagi bagi seorang pemilik kucing. Setuju tak?

Tapi dengan sedikit kesabaran, kefahaman dan ketegasan, anda dan kucing anda masing-masing dapat bekerjasama dan anda masih boleh lagi produktif semasa bekerja dari rumah.

1. Main sebelum mula bekerja

Kalau anda mempunyai seekor kucing yang sangat aktif dan bertenaga yang selalu akan meminta-minta anda bermain bersama (kalau tidak memang kena kacau masa buat kerja). Beberapa minit masa bermain dengan permainan kegemaran akan meletihkan kucing anda. Kucing anda tidak lagi akan mengacau di papan kekunci komputer anda.

2. Berikan kucing anda ruangnya sendiri

Kenapa kucing obses terhadap papan kunci komputer mahupun monitor? Tingkahlaku mencari perhatian ini mungkin agak mengganggu sekiranya anda perlu kekal produktif ketika bekerja dari rumah.

Untuk menghalang kucing anda dari papan kekunci atau meja bekerja anda, berikan ruang khas untuk kucing anda. Mungkin katil kucing yang selesa bersebelahan meja bekerja atau kerusi di sebelah tingkap supaya kucing anda boleh melihat permandangan luar. Kalau kucing anda sukar untuk melepak lama di katil kucingnya, taburkan sahaja sedikit serbuk catnip di situ.

3. Ambil sedikit masa rehat untuk belai kucing

Kajian menunjukkan yang dengan membelai kucing selama 10 minit dapat mengurangkan tahap kortisol di dalam tubuh anda. Kortisol seringkali dikaitkan dengan kegelisahan.

Ambil sedikit masa rehat untuk bersama-sama kucing dan belainya. Selain mengurangkan tekanan dan meningkatkan ikatan bersama kucing, meluangkan masa bersama kucing sebenarnya dapat menstimulasikan penghasilan oksitoksin iaitu hormon kasih sayang.

4. Sediakan pengalih perhatian kucing anda yang bukan anda

Ya kucing boleh tidur sehingga 17 jam dalam masa sehari. Tapi kucing juga perlu untuk distimulasikan mental dan fizikal supaya kekal gembira dan sihat – serta tidak menggangu anda. Kucing yang kebosanan akan menunjukkan tingkahlaku perosak seperti mencakar perabot atau mengunyah kabel komputer anda (bahaya ya sila pantau kucing anda).

5. Setkan satu rutin

Kucing sama seperti manusia iaitu makhluk yang pentingkan rutin. Kita sebagai pemilik kucing mungkin dah sedar perkara ini namun kucing anda mula berbunyi merayu-rayu apabila tiba masa untuk makan. Mungkin ambil sedikit masa untuk melihat apa yang berkesan untuk anda, semuanya bergantung kepada bila masanya anda bangun dari tidur, beri kucing anda makan dan sebagainya.

Bagaimana pengalaman bekerja dari rumah anda yang ada kucing ni? Kongsikan pengalaman di ruangan komen.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment