Bawa Pulang Kucing Jalanan Dan Terbiar? Ikuti 5 Tips Ini

Menyelamatkan kucing jalanan dan terbiar adalah satu pengalaman yang sememangnya memberi ganjaran.

Menangkap kucing jalanan adalah permulaan dan membawanya pulang adalah satu pengalaman yang lain.

Untuk memastikan pengalaman ini berjalan dengan lancar, anda perlu memastikan perubahan kehidupan kucing jalanan ini satu pengalaman yang baik, anda juga perlu bersedia dengan selengkapnya sebelum membawa kucing jalanan ini pulang ke rumah.

Ini merupakan tips dalam persediaan membawa pulang kucing jalanan:

1. Mempunyai keperluan yang mencukupi

Ada di kalangan kita yang baik hati membawa pulang kucing jalanan tanpa menyediakan keperluan yang mencukupi untuk menjaga kucing jalanan ini.

Keperluan ini adalah kotak pasir lebih, makanan dan serta minuman. Jangan berkongsi terlebih dahulu keperluan kucing anda yang sedia ada dengan kucing yang anda baru bawa pulang.

2. Bawa ke vet untuk pemeriksaan kesihatan

Walaupun kucing jalanan kelihatan sihat dan tidak menunjukkan gejala yang pelik, penting juga untuk anda membawa kucing jalanan ke veterinar untuk pemeriksaan. Ini penting untuk memastikan kucing baru anda betul-betul sihat dan tidak mempunyai penyakit.

Anda juga mungkin perlu menvaksin kucing baru anda untuk betul-betul melindunginya dan juga melindungi kucing anda yang lain di dalam rumah.

3. Sediakan bilik khas

Sukar untuk mengetahui berapa lama kucing jalanan ini sudah hidup di jalanan, jadi penting untuk sediakan kawasan senyap atau bilik khas untuk kucing tersebut berehat dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupannya yang baru.

Matlamatnya adalah untuk membantu kucing jalanan ini selesa dan berasa selamat di dalam rumah barunya itu. Ini juga membantu sekiranya anda mempunyai kucing lain di dalam rumah.

4. Bantu kucing jalanan ini untuk membiasakan diri dengan anda

Luangkan masa bersama kucing baru anda untuk mula membina ikatan dan bantu ia berasa selesa apabila berada berhampiran anda. Duduk bersama, bercakap dengannya dan galakkan kucing tersebut untuk datang ke arah anda.

Belai dengan perlahan-lahan setelah kucing tersebut datang ke arah anda.  Setelah itu mula memperkenalkan ahli keluarga anda yang lain dengan perlahan-perlahan. Supaya kucing baru anda dapat membiasakan dengan semua orang dalam rumah anda.

5. Beri masa untuk kucing tersebut menyesuaikan diri

Jika kucing baru anda itu tidak segera datang ke arah anda, cuba untuk bermain atau duduk di riba anda, itu adalah normal. Kucing jalanan perlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan baru mereka. Pada permulaan, kurangkan cubaan mendekati kucing baru anda dan mengangkatnya.

Jaga ia dengan baik dan lama-lama kucing anda akan mula jinak dan manja setelah ia selesa dan rasa selamat di dalam rumah anda.

Menyelamatkan kucing jalanan dan terbiar adalah tindakan yang sangat digalakkan kerana saban hari ada sahaja kucing jalanan yang dimatikan kerana untuk mengawal populasi mereka yang kian meningkat di jalanan.

Sebab itu kami di The Mamamiaow sentiasa menggalakkan pencinta kucing di luar sana untuk adopt dont shop!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment