Apabila memikirkan tentang hidung haiwan dan deria bau mereka, mungkin kita beranggapan bahawa anjing juara dalam kehebatan deria bau mereka.
Namun tak kurang hebatnya kucing…
Apakah jenis bau-bauan yang kucing tidak suka?
Sekarang anda sudah tahu yang deria bau kucing boleh tahan hebat, jadi patutlah kita tahu beberapa bau-bauan yang kucing tidak suka. Kita perlu ambil tahu perkara tersebut sekiranya mempunyai kucing di rumah kerana:
- Kita boleh elak menggunakan bau-bauan yang mungkin menggangu kesihatan kucing
- Kita juga boleh menghalau kucing dari mencakar sofa dengan cara yang lebih selamat
Bau-bauan sitrus
Buah buahan sitrus seperti limau, lemon dan limau gedang kesemuanya mempunyai bau yang sangat kuat. Dalam sesetengah kes ianya merupakan musuh kepada hidung kucing yang sensitif ini. Jus dan kulitnya boleh menghalang kucing. Walaubagaimanapun ada juga kucing yang suka kepada bau ini.
Menthol, Wintergreen dan Mint
Bau-bauan ini lebih kuat. Walaupun bauaun ini mempunyai kesan sejuk kepada manusia, ianya lebih menjejaskan kucing. Hiduan yang sedikit sahaja boleh membuatkan kucing anda bertempiaran lari tak cukup tanah.
Tambahan lagi bahan ini sangat toksik kepada kucing apabila terhadam.
Lavender, kulit kayu manis, Rue dan Rosemary
Bahan ini sering digunakan sebagai penyelesaian tanaman. Walaubagaimanapun rempah dan herba sangatlah tidak disukai oleh kucing. Tambahan lagi terlalu banyak lavender boleh membawa maut kerana ia mengakibatkan kerosakan hati pada kucing. Ini termasukkan minyak esen lavender.
Kesimpulan
Oleh sebab anda hidup bersama kucing anda, anda mesti akan mencari bau bauan apa yang kucing anda tidak suka. Anda boleh gunakan untuk menghalang kucing dari beberapa kawasan atau elak dari mengganggu barang di rumah, anda perlu pastikan yang bauan tersebut tidak toksik dan membahayakan kucing anda.