Barangan Yang Selalu Ada Di Rumah Yang Membahayakan Kucing

Sebagai pencinta kucing sudah seharusnya anda mengenali bahan-bahan yang biasa ada di sekitar rumah kita yang ternyata berbahaya atau beracun bagi kucing.

Jika sudah tahu apa yang merbahaya untuk kucing, sudah sewajarnya kalau anda mulai membebaskan rumah anda dari racun, serta belajar apa yang harus dilakukan jika terdapat tanda kucing keracunan.

Untuk membebaskan bahan-bahan yang beracun bagi kucing di rumah anda, anda tidak perlu menyimpannya di tempat yang senang dijangkau oleh haiwan peliharaan. Misalnya, simpan produk kebersihan di belakang pintu atau letak ubat di dalam peti yang tertutup. Atau anda juga boleh menyingkirkan dan waspada pada kedatangan haiwan kecil tertentu seperti katak. Sebab banyak terjadi kucing ker4cunan kerana katak.

Untuk ubat-ubatan tertentu juga perlu diperhatikan cara penyimpanannya misalnya ubat kutu, kerana sering juga terjadikucing ker4cunan kerana ubat kutu, kucing keracunan paracetamol, atau ubat-ubatan yang lain.

Berikut adalah beberapa r4cun dan bahan merbahaya kepada kucing yang harus anda perhatikan yang oleh Vetstreet. Barang-barang yang disenaraikan ini belum lengkap sepenuhnya, jadi untuk informasi lebih lanjut tentang hal-hal di bawah ini dan racun yang lain, rajin-rajinlah mencari informasi dan berbincang dengan veterinar anda.

1. Acetaminophen

ditemukan dalam Tylenol dan ubat yang lain, boleh menyebabkan kerosakan hati pada anjing. Kucing bahkan lebih sensitif: jika kucing seberat 4,5 kilogram menelan satu tablet ukuran 325 mg, ia boleh menderita anemia dan bahkan juga m4ut.

2. Bateri

Bateri boleh menjadi r4cun bagi anjing dan kucing, menyebabkan luka di mulut, kerongkong, dan perut.

3. Coklat

dapat menyebabkan kejang-kejang dan kematian pada anjing dan kucing. Coklat yang lebih pekat, seperti coklat untuk pembuatan kek, lebih ber4cun daripada coklat susu atau putih. Bahkan biji koko, bila dimakan dalam jumlah besar, boleh menjadi masalah.

4. Detergen

Detergen dan pelembut kain dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan luka di mulut, kerongkong, dan perut pada anjing dan kucing.

5. Etilena glikol

ditemukan pada produk antibeku, mesin pendingin, dan minyak kereta. Anjing dan kucing tertarik pada rasa manisnya, tapi sebanyak satu senduk teh pada kucing atau satu senduk makan pada anjing dapat menyebabkan kegagalan ginjal. Pihak pengeluar antibeku dan mesin pendingin kini telah sepakat untuk menambahkan perasa pahit demi mengurangi daya tarik produk tersebut untuk haiwan peliharaan dan anak anak.

6. Baja

Baja mengandungi bahan ber4cun seperti nitrogen, fosfor, kalium, besi, seng, herbisida dan pestisida. Jauhkan kucing jauh dari rumput yang sedang dalam perawatan, sampai mereka kering. Periksa juga kemasan produk kerana beberapa produk mengharuskan rumput untuk dibilas sebelum boleh dilalui.

7. Anggur dan kismis

Sedangkan jus anggur dalam jumlah kecil pun boleh menyebabkan kegagalan ginjal pada kucing.

8. Cecair pencuci

seperti peluntur, pembersih saluran paip air, amonia, dan pembersih tandas, boleh menyebabkan luka pada saluran pencernaan dan masalah lainnya pada kucing.

9. Insektisida atau racun serangga

Merupakan bahan dalam produk pembasmi kutu boleh menyebabkan masalah jika tidak digunakan sesuai dengan cara penggunaannya. Insektisida yang digunakan untuk anjing boleh menyebabkan ker4cunan yang parah pada kucing, menyebabkan tanda- tanda seperti muntah, kejang-kejang dan kesulitan untuk bernafas. Produk yang dimaksudkan untuk merawat halaman atau rumah tidak boleh digunakan pada haiwan peliharaan.

10. Rumput Jimson

juga dikenal sebagai terompet iblis, boleh menyebabkan kegelisahan, mabuk dan kegagalan pernafasan pada kucing.

11. Minyak tanah

bensin dan cairan spirit boleh menyebabkan kucing dan anjing meneteskan air liur, mabuk dan kesulitan untuk bernafas. Jika produk itu mengandung antibeku, mereka bahkan lebih bermasalah.

12. Bunga bakung

terutama jenis Easter, day, bakung harimau, bakung Jepun, dan bakung Asia lainnya boleh menyebabkan kegagalan ginjal pada kucing. Bakung dari lembah dapat menyebabkan masalah degupan jantung dan kem4tian pada kucing.

13. Kapur barus

terutama jika mengandungi naftalena, boleh menjadi racun bagi anjing dan kucing, mengakibatkan muntah, cirit birit, meningkatkan keinginan untuk minum dan buang air kecil, serta kejang-kejang.

14.Bawang merah, bawang putih, daun bawang dan daun kucai

Boleh menjadi racun pada kucing. Ketika dikunyah atau ditelan, bahan tersebut dapat menyebabkan anemia dan gangguan pencernaan.

15. Rodentisida

seperti racun tikus, boleh mengandungi sejumlah racun berbeza, yang memiliki efek yang pelbagai pada kucing. Bahan -bahan umumnya seperti warfarin dan coumarin, boleh menyebabkan masalah pembekuan d4rah dan pend4rahan.

16. Sagu

adalah salah satu dari sejumlah tanaman ber4cun untuk anjing dan kucing. Memakannya boleh menyebabkan muntah- muntah, cirit birit dan kejang- kenang.

17. Tembakau

dapat menjadi r4cun bagi anjing dan kucing. Menelan nikotin dalam tanaman tembakau atau rokok dapat menyebabkan muntah, gemetar, pengsan, dan kem4tian.

18. Doh

Doh yang belum dimasak boleh mengembang di dalam perut. Jika perut berbelit, memotong saluran darah, pembedahan harus segera dilakukan. Ragi dalam adunan juga dapat menghasilkan alkohol, menyebabkan kejang dan kegagalan pernafasan.

19. Pencuci kaca

Boleh mengandungi metanol atau ethylene glycol. Menelan metanol dapat menyebabkan rendahnya gula d4rah dan mabuk pada anjing dan kucing.

20. Xylitol

adalah pemanis bebas gula yang biasa ditemukan dalam gula gula getah, gula penyegar nafas, dan ubat gigi. Jika tertelan oleh kucing, boleh menyebabkan penurunan drastik yang berbahaya dalam gula d4rah dan kegagalan hati.

21. Produk penjagaan Laman Rumah

termasuk umpan siput, herbisida dan baja, tidak elok untuk haiwan peliharaan. Tanda tandanya akan bervariasi bergantung kepada kandungan bahan tersebut.

22. Logam atau duit syiling

Ker4cunan boleh terjadi ketika kucing memakan logam atau syiling. Bahkan menelan syiling satu sen yang mengandung zink boleh mem4tikan. Zink menyebabkan anemia, serta kegagalan hati, ginjal atau jantung.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment