Bagaimana Untuk Memberi Makan Kucing Dengan Sebetulnya?

Apa yang kita beri kucing kita makan adalah sangat penting sama pentingnya juga dalam bagaimana cara kita memberi mereka makan.

Bagaimana kita memberi makan kucing boleh memberi kesan kepada mereka secara fizikal dan emosi. Ini adalah cara pemberian makan kepada kucing menurut kajian yang dilakukan oleh American Association of Feline Practitioners (AAFP).

Kesemua kucing di dalam dunia ini adalah karnivor (pemakan daging) jadi mereka mempunyai naluri memburu yang kuat. Mereka juga lebih suka makan sendirian dan makan kuantiti yang sedikit namun kerap (itu sebab kenapa kucing anda sering meminta makan)

Memuaskan keperluan untuk memburu dan memakan jumlah makanan yang sedikit sahaja boleh membuatkan kucing anda lebih gembira dan lebih sihat dan akan mengelakkan dari terjadinya terlebih makan atau terkurang. Ini mungkin termasuk menggunakan bekas makanan jenis stimulasi atau automatik. Dan sekiranya anda memiliki kucing yang banyak, bagaimana cara anda menyusun bekas makanan dan minuman juga mempengaruhi stress dan mood kucing anda.

Kaedah Pemakanan Semasa

Persekitaran kucing anda, termasuklah rutin pemakanan hariannya dapat memberikan impak kualiti kehidupan kucing anda secara positif atau negatif. Kebanyakan kucing peliharaan bergantung kepada manusia untuk makanan. Kucing seringkali diberi makan di tempat yang sama dengan kuantiti yang banyak untuk sekali atau dua kali sehari. Banyak kucing yang selalu mendapatkan makanan.

Dalam kediaman yang mempunyai kucing yang banyak, ada kucing yang tidak boleh ngam dengan kucing yang lain. Walaupun kucing-kucing tersebut akan makan bersama-sama, pemberian makan secara berkumpulan akan menyebabkan ketamakan (makan secara lahap), pencerobohan pemakanan serta masalah berat badan.

Kucing sangat bagus dalam menyembunyikan tanda-tanda kesakitan. Walaupun kucing anda mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda kegelisahan atau bertengkar semasa makan apabila makan bersama kucing lain, kegelisahan dan stress yang terpendam memberi kesan terhadap kesejahteraan mereka.

Masalah berkaitan obesiti:

Memberi makan sekali atau dua kali sehari dengan kuantiti yang banyak tidak mencapai keperluan kucing untuk makan kuantiti sedikit dengan kerap. Kaedah pemakanan ini boleh menjurus kepada stress tidak aktif, terlebih makan dan obesiti.

Jika kucing bosan, makan akan menjadi aktivitinya dan akan menjurus kepada obesiti. Kucing yang obesiti akan mempunyai kesukaran untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, melompat, memanjat, memburu dan bermain. Obesiti juga boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti diabetis, arthritis, tekanan darah tinggi dan masalah jantung dan pernafasan.

Masalah berkaitan stress:

Stress boleh menjurus kepada isu kesihatan seperti custitis (keradangan pundi kencing) dan akan menyumbang kepada masalah pembuangan air kecil.

Kucing mungkin akan makan dengan cepat untuk kembali ke tempat selamatnya jika mereka cuba untuk mengelak dari pertembungan yang stress dengan haiwan peliharaan yang lain atau ahli keluarga seperti anak kecil yang aktif.

Jika kucing tidak mampu untuk mengakses makanan secara harian kerana pertembungan yang stress dengan haiwan lain mahupun anak kecil, mereka mungkin makan sedikit atau terlebih makan.

Membangunkan penyelesaian pemakanan untuk kucing anda

Apabila merancang plan pemakanan, tiru tingkahlaku pemakanan alami kucing. Ini akan mengurangkan permintaan makanan, kekecewaan kucing dan konfliks dalaman kucing.

Puzzle Feeders dan Pemburuan

Puzzle feeder (bekas makanan stimulasi) adalah objek yang memegang makanan dan perlu distimulasikan oleh kucing untuk mengeluarkan makanan tersebut. Dengan menggunakan puzzle feeder dan menyembunyikan di seluruh kawasan rumah dapat meningkatkan aktiviti dan memberikan stimulasi mental dan fizikal.

Terdapat banyak puzzle feeder yang ada di pasaran. Puzzle feeder yang ada berbeza dari segi kesukarannya, boleh bergerak atau berpusing dan juga direka untuk makanan kering mahupun basah. Sentiasa mula dengan puzzle feeder yang mudah supaya kucing anda perlu belajar untuk menggunakannya.

Galakkan kucing anda untuk memburu dan mencari makanan dengan meletakkan bekas makanan di tempat yang berlainan. Bersabar dan dengan perlahan-lahan memperkenalkan cara pemakanan yang baru ini kepada kucing anda.

Hidangan yang kerap dan nutrisi yang sesuai

Bahagikan kuantiti makanan harian kucing anda kepada hidangan kuantiti kecil dalam masa 24jam. Gunakan puzzle feeder jika boleh. Automatik feeder juga boleh membantu walaupun bekas makanan jenis ini tidak menstulasikan naluri memburu atau mencari makanan.

Pastikan kucing anda mengambil makanan dengan jumlah yang disarankan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing.

Jika kucing anda kurang atau terlebih makan, atau anda mempunyai kesukaran untuk memberi makan seekor atau banyak kucing di dalam rumah anda, tolong hubungi veterinar anda untuk nasihat. Berat dan keadaan tubuh badan kucing anda perlu dipantau oleh anda serta veterinar lebih-lebih lagi jika kucing anda sudah berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang kronik atau memerlukan penjagaan khas.

Asingkan bekalan makanan jika anda mempunyai banyak kucing

Ingat ya walaupun kucing anda sering makan bersama-sama kucing yang lain, ini tidak bermakna mereka patut. Memaksa kucing untuk makan bersama kucing yang lain jika kucing anda enggan akan meningkatkan kegelisahan, tekanan dan masalah kesihatan.

Jika memiliki banyak kucing, sediakan tempat makanan yang berasingan dengan jarak dan pemisahan penglihatan antara kucing, untuk mengurangkan tekanan dan isu kesihatan yang berkait rapat.

Pertama, tentukan di mana kawasan di dalam rumah untuk meletakkan bekas makanan dan minuman serta kotak pasir.

Tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri:

  • Kucing mana yang ngam antara satu sama lain?
  • Kucing mana yang tak ngam dan cuba elak antara satu sama lain?
  • Di mana kucing selalu meluangkan masanya?

Letakkan bekas makanan, minuman dan kotak pasir  di tempat yang sewajarnya.

Perhatikan tanda-tanda kegelisahan atau tekanan semasa masa makan. Kucing perlu rasa selamat apabila makan. Apabila kucing gelisah dan tegang, anda mungkin dapat melihat tingkahlaku yang jelas seperti sering melihat sekeliling, mendekati makanan dengan hati-hati, telinga kebelakang dan sebagainya.

Perkara yang perlu dijaga

Pastikan setiap kucing mempunyai bekas makanan dan minumannya sendiri. Bekas ni perlu berasingan tempat antara bekas kucing yang lain. Adalah lebih membantu sekiranya anda meletakkan bekas makanan dan minuman di kawasan yang kucing selalu berada namun tidak berdekatan dengan kotak pasir.

Pastikan kucing tersebut tidak menjaga atau jadi komander makanan tersebut.

Letakkan makanan tersebut dengan pemisahan penglihatan supaya kucing tersebut tidak dapat melihat antara satu sama lain.

Kesimpulan

Kucing perlu untuk memburu dan mencari makanan dan makan hidangan yang sedikit namun kerap setiap hari dengan privasi. Anda boleh mendapat keperluan ini dari puzzle feeder dan dengan pembahagian makanan dapat mengurangkan ketidakaktifan kucing, kegelisahan dan obesiti.

Veterinar dapat membantu anda membangunkan strategi pemakanan yang mencapai keperluan setiap kucing anda dan keseluruhan plan yang berkesan di rumah anda.

p/s: MM rasa kaedah ni sesuai untuk kucing 24jam indoor supaya dorang ni ada stimulasi dunia luar di dalam rumah. Kucing min kucing outdoor hari-hari keluar mengembara siap bawak balik hasil buruan lagi jadi tak perlu dah stimulasi pemburuan ni ehehw…

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment