Bagaimana Kucing Tahu Bahagian Tubuh Mana Yang Perlu Dibersihkan?

Apabila kucing membersihkan diri mereka sendiri, mereka melepaskan sebum pada keseluruhan bulu mereka yang menjadikan ianya licin dan berkilat.

Jilatan kucing juga mengelakkan bulu kusam, menanggalkan bulu gugur dan membuang parasit. Menurut Dr. Cynthia McManis, veterinari dan pemilik Just Cats Veterinary Services, kucing dewasa meluangkan masa sehingga 50% dari masa seharian untuk merapikan diri sendiri.

Bagaimana kucing tentukan apa untuk dibersihkan dan dirapi?

Menurut to Amy Shojai di The Spruce, setiap kucing mempunyai ritual perapian mereka sendiri. Namun kebanyakan kucing mulakan dengan menjilat muka sendiri, pipi dan misai. Kemudian mereka bergerak ke bahu, kaki, bahagian sulit dan akhir sekali ekor mereka. Secara keseluruhannya kucing bermula di wajah mereka.
Barbara Pezzanite, Ph.D, seorang pakar tingkahlaku haiwan yang sah. Dia jugakan yang kucing mempunyai corak perapian sama seperti yang dijelaskan oleh Shojai tadi. Walaubagaimanapun dia mengatakan yang tidak semua kucing akan ikut corak ini dan tidak semestinya kucing membersihkan keseluruhan tubuhnya dalam sehari. Kucing anda mungkin membersihkan bahagian tubuh yang lain pada keesokan hari.

Lain kali kalau anda nampak kucing anda merapikan diri mereka sendiri cuba perhatikan adakah kucing anda ikut corak perapian yang dijelaskan tadi? Jika tidak jangan risau. Bukan semua kucing ni sama kan?

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment